Hari ini semua orang Tionghua di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina. Tahun ini adalah Tahun Kuda. Dari kepercayaan Cina, sifat kuda yang bertenaga, berusaha dan mempunyai azam untuk berjaya akan mewarnai tahun ini.
Berdasarkan sifat-sifat luhur tersebut, Tahun Kuda diramal akan membawa kemakmuran kepada negara. Walau bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku pada akhir-akhir ini, kita yakin satu pertumbuhan ekonomi yang agak merangsangkan berlaku bagi Tahun Kuda ini.
Orang Tionghua mula membuat persiapan Tahun Baru Cina sebulan sebelum hari berkenaan. Rumah mereka dibersihkan dan dicat, langsir, perabot dan peralatan rumah yang lama akan digantikan baru.
Selalunya daun buluh digunakan, kerana menurut kepercayaan orang Tionghua daun buluh boleh menghalau hantu. Pembaikan dan pemulihan juga dilakukan bagi memberi nafas baru kepada rumah mereka. Pada sebelah kiri dan kanan pintu masuk rumah, lazimnya ditampal kertas merah dengan ayat `membawa tuah' ditulis di atasnya dengan menggunakan air emas. Sebelum Tahun baru Cina telah menjadi kelaziman, segala hutang perlu dilangsaikan.
Sementara itu, lazimnya pada malam sebelum Hari Tahun Baru orang Tionghua melakukan sembahyang kepada Dewa Murah Rezeki. Pada pagi raya pula ada juga orang Tionghua berkunjung ke tokong Buddha untuk bersembahyang.
Sambutan Tahun Baru Cina diadakan selama 15 hari. Pada akhir sambutan Tahun Baru Cina dinamakan `Cap go me', yang bererti `hari yang kelima belas'. `Capgome' juga dikenali sebagai Pesta Yuan Siau.
Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ada hari-hari tertentu yang amat istimewa kepada orang Tionghua, antaranya sambut `Kai-nian' (permulaan tahun) yang jatuh pada hari kedua.
Sambutan `Hari Kelahiran Manusia'' yang jatuh pada hari ketujuh. Pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru Cina dinamakan `hari kelahiran manusia' (pada hari ini, ada juga orang Tionghua akan memakan isi ikan haruan mentah dan bahan ramuan lain dengan kepercayaan ia akan membawa murah rezeki dan makmur).
Upacara sembahyang Tuhan Syurga jatuh pada hari kesembilan dan Capgome yang jatuh pada hari kelima belas.
Adalah menjadi kelaziman sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua menghantar kad ucapan kepada saudara mara dan sahabat-handai. Ucapan dalam kad itu selalunya mengandungi kata-kata seperti `selamat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki'.
Malam tadi, anggota keluarga masyarakat Cina akan berkumpul dan makan bersama. Ini dikenali sebagai Tuang Yuen Fan atau Jamuan Berkumpul - jamuan untuk memupuk semangat kekeluargaan, kemesraan dan kesepakatan.
Oleh sebab itu, walaupun berapa jauh seseorang itu berada, dia akan cuba pulang ke rumah orang tuanya sehari sebelum tahun baru. Ada juga majikan yang mengadakan jamuan untuk pekerjanya.
Menjelang tengah malam sehari sebelum tahun baru, di luar, di dalam, di depan dan di belakang rumah perlu diterangi cahaya lampu. Kepercayaan kuno orang Tionghua iaitu mereka yakin dengan cara ini dapat menghalau Nian (sejenis binatang buas). Dengan cara membuat bunyi bising (membakar mercun), menyalakan api (cahaya) adalah dipercayai boleh menakut dan menghalau hantu.
Pinggan dan mangkuk yang digunakan pada `Jamuan Berkumpul' harus dibersihkan sebelum permulaan Tahun Baru Cina supaya kedatangan tahun baru itu memberi tuah dan bahagia kepada penghuninya.
Orang Tionghua tidak menyapu sampah atau menjahit di rumah pada hari pertama hingga hari ketiga. Oleh itu penyapu harus disorok dan hanya digunakan pada hari keempat.
Mereka juga seboleh-bolehnya tidak digalakkan menggunakan pisau atau alat tajam, ini bagi mengelakkan benang ikatan murah rezeki yang bakal diperoleh tidak terputus.
Warna merah melambang tuah dan kebahagiaan. Keyakinan ini membuat mereka berpendapat warna merah boleh mendatangkan keuntungan. Jadi lambang merah ini menjadi tradisi dan warna kesukaan orang Tionghua dan sering digunakan dalam perayaan kebesaran.
Semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat-handai, buah limau menjadi buah tangan mereka. Mereka menghadiahkan buah limau kepada tuan rumah untuk tuah dan kebahagiaan. Semasa pengunjung pulang, tuan rumah juga membalas dengan memberi buah tangan yang seakan sama.
Kuih bakul menjadi juadah terpenting pada Tahun Baru Cina. Di samping itu pengunjung juga dijamukan dengan kacang, gula-gula, kuaci (biji tembikai), buah kurma, longan dan kuih-muih. Selalunya juadah itu dihidangkan dalam kotak yang mempunyai lapan ruang simpanan.
Pada Tahun Baru Cina, mereka yang dewasa akan memberi angpau kepada kanak-kanak atau mereka yang belum berumah tangga. Jumlah yang diberi dalam bungkusan merah itu biasanya berpasangan atau genap. Mercun dibakar untuk menghalau kecelakaan serta memohon tuah mendatang. Kini pembakaran mercun dilarang oleh kerajaan Malaysia.
Persembahan tarian singa di adakan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. ia dianggap mulia bagi orang Tionghua. Tarian itu dipercayai boleh mendatangkan tuah, berkat dan murah rezeki kepada tuah rumah, jika persembahan itu diadakan di kedai atau di rumahnya.
Pada hari pertama, semua pertuturan yang baik-baik saja diucapkan. Ucapan yang tidak senonoh dilarang. Lazimnya diucapkan ialah Gong Xi Fa Cai yang bererti `selamat sejahtera dan murah rezeki'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan