HARI ini, orang Tionghua di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina.
Tahun lepas adalah Tahun Arnab. Menurut kepercayaan Tionghua, Tahun Arnab memberi tuah pada akhir-akhir tahun. Ini bertepatan dengan kejadian yang berlaku di negara kita seperti keredaan kegawatan ekonomi dan krisis mata wang. Krisis mata wang yang dihadapi negara bertambah pulih. Pertumbuhan ekonomi bertambah baik.
Bagaimanapun dengan pelantikan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan dan pelantikan keanggotaan jemaah menteri yang baru pada 14 Januari lalu, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada Tahun Naga ini dijangka bertambah rancak dan memberangsangkan.
Tahun ini orang Tionghua menyambut Tahun Naga. Tahun Naga kali ini akan membawa tuah; pertumbuhan ekonomi negara bertambah rancak dan menggalakkan.
Tahun baru Cina adalah satu perayaan paling meriah bagi orang Tionghua di negara ini. Di Malaysia, ia menjadi satu pesta dalam memupuk perasaan saling hormat-menghormati dan mengikat silaturahim yang sudah terjalin.
Kini perasaan itu dipupuk pula tahun demi tahun supaya bibit yang bercambah selama ini hidup subur, kukuh dan matang.
Seperti Hari Raya Puasa, Hari Deepavali dan Hari Natal, sudah menjadi jambatan kesinambungan memperkukuhkan perasaan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Orang Tionghua mula membuat persiapan Tahun Baru Cina sebulan sebelum hari berkenaan. Rumah mereka dibersihkan dan dicat, langsir, perabot dan peralatan rumah yang lama akan digantikan baru.
Selalunya daun buluh digunakan, kerana kepercayaan mereka daun buluh boleh menghalau hantu.
Pembaikan dan pemulihan juga dilakukan bagi memberi nafas baru kepada rumah berkenaan. Pada sebelah kiri dan kanan pintu masuk rumah, lazimnya ditampal kertas merah dengan ayat 'membawa tuah' ditulis di atasnya menggunakan air emas. Sebelum Tahun Baru Cina menjadi kelaziman, segala hutang perlu dilangsaikan.
Orang Tionghua selalunya bersembahyang kepada Dewa Langit, Dewa Bumi dan Dewa Dapur. Ini dilakukan pada hari ke-24 bulan 12. Upacara sembahyang itu diharap memurahkan rezeki dan kebahagiaan kepada tuan rumah.
Sementara itu, dari pukul 11 malam pada malam sebelum hari Tahun Baru sehingga 6 pagi pada pagi hari berkenaan, elok untuk orang Tionghua melakukan sembahyang kepada Dewa Murah Rezeki. Pada pagi itu pula ada juga orang Tionghua berkunjung ke tokong Buddha untuk bersembahyang.
Sambutan Tahun Baru Cina diadakan selama 15 hari. Pada hari akhir sambutan Tahun Baru Cina dinamakan sambutan 'hari kelahiran manusia' yang jatuh pada hari ketujuh (pada hari ini, ada juga orang Tionghua akan memakan isi ikan haruan mentah dan bahan ramuan lain dengan kepercayaan ia murah rezeki dan makmur).
Upacara sembahyang Tuhan Syurga jatuh hari kesembilan dan Chap Goh Mei yang jatuh pada hari kelima belas.
Adalah menjadi kelaziman sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua menghantar kad ucapan kepada saudara mara dan sahabat handai. Ucapan dalam kad itu selalunya mengandungi kata-kata seperti 'selamat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki'.
Kini ada juga kad ucapan yang disediakan dalam pelbagai bentuk termasuk gambar naga berbentuk komik. Ada kad yang direka kata-kata ucapan khas untuk ahli perniagaan, ahli keluarga, sahabat handai dan kekasih.
Sehari sebelum Tahun Baru, anggota keluarga masyarakat Cina akan berkumpul dan makan bersama. Ini dikenali sebagai Tuang Yuen Fan atau Jamuan Berkumpul - jamuan untuk memupuk semangat kekeluargaan, kemesraan dan kesepakatan.
Oleh sebab itu walaupun berapa jauh seseorang itu berada, dia akan cuba pulang ke rumah orang tuanya sehari sebelum Tahun Baru. Ada juga majikan yang mengadakan jamuan untuk pekerjanya.
Menjelang tengah malam sehari sebelum Tahun Baru di luar, di dalam, di depan dan di belakang rumah perlu diterangi cahaya lampu. Kepercayaan kuno orang Tionghua iaitu mereka yakin dengan cara ini dapat menghalau Nian (sejenis binatang buas).
Dengan cara membuat bunyi bising (membakar mercun) menyalakan api (cahaya) pada zaman moden ini dipercayai boleh menakutkan dan menghalau hantu. Pinggan dan mangkuk yang digunakan pada 'Jamuan Berkumpul' harus dibersihkan sebelum permulaan Tahun Baru Cina supaya kedatangan tahun baru itu memberi tuah bahagia kepada penghuninya.
Orang Tionghua tidak menyapu sampah atau menjahit di rumah pada hari pertama hingga ketiga. Kerana itu penyapu harus disorok dan hanya digunakan pada hari keempat.
Mereka juga seboleh-bolehnya tidak digalakkan menggunakan pisau atau alat tajam, ini bagi mengelakkan benang ikatan murah rezeki yang bakal diperoleh tidak terputus.
Warna merah melambangkan tuah dan kebahagiaan. Keyakinan ini membuat mereka berpendapat warna merah boleh mendatangkan keuntungan. Jadi lambang merah ini menjadi tradisi dan warna kesukaan orang Tionghua dan sering digunakan dalam perayaan kebesaran.
Semasa berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai, buah limau menjadi buah tangan mereka. Mereka menghadiahkan buah limau kepada tuan rumah untuk tuah dan kebahagiaan.
Semasa pengunjung pulang, tuan rumah juga membalas dengan memberi buah tangan yang seakan sama.
Kuih bakul menjadi juadah terpenting pada Tahun Baru Cina. Di samping itu pengunjung juga dijamukan dengan kacang, gula-gula, kuaci (biji tembikai), buah kurma, longan dan kuih muih. Selalunya juadah itu dihidangkan dalam kotak yang mempunyai lapan ruang simpanan.
Pada Tahun Baru Cina, mereka yang dewasa akan memberi angpau kepada kanak-kanak atau mereka yang belum berumahtangga. Jumlah yang diberi dalam bungkusan merah itu biasanya berpasangan atau genap.
Mercun dibakar untuk menghalau kecelakaan serta memohon tuah mendatang. Kini pembakaran mercun dilarang oleh kerajaan Malaysia.
Persembahan tarian singa diadakan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. Ia dianggap mulia bagi orang Tionghua. Tarian itu dipercayai boleh mendatangkan tuah, berkat dan murah rezeki kepada tuan rumah, jika persembahan itu diadakan di kedai atau di rumahnya.
Pada hari pertama, semua pertuturan yang baik-baik saja diucapkan. Ucapan yang tidak senonoh dilarang. Lazimnya diucapkan ialah Gong Xi Fa Cai, yang bererti 'selamat sejahtera dan murah rezeki'.
Ucapan Gong Xi Fa Cai ini sentiasa menari di bibir orang Tionghua sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina berlangsung. Upacapan sambutan Tahun Baru Cina berbeza menurut dialek dan loghat seseorang Tionghua itu. Sambutan Tahun Baru Cina berakhir pada malam Chap Goh Mei.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan