LAPANGAN Terbang Heathrow London pagi itu mendung. Semuanya mendesak. Serba-serbi tidak kena. Denyutan nadi dan jantungnya bergerak pantas. Penumpang lalu lalang seolah-olah menyalahkannya. Lee Leong mengingatkan diri supaya tidak mempedulikan semua itu. Masih ada hari esok baginya. Jangan bimbang. Masih belum berlaku kecelakaan. Kebimbangan mencengkam diri. Hati kecil berkata, mungkin boleh sekiranya dicuba. Kelihatan penumpang seolah-olah tersenyum terhadapnya.
Sejak enam tahun berlalu, dia tidak bertemu dengan ibu bapa dan sanak saudara. Mereka ditinggalkan. Mereka juga tidak tahu di mana dia tinggal. Sekali-sekala dia menghantar duit. Dia seorang perantau, mengemis rezeki halal. Perantau menghadapi kesunyian, kesepian dengan suasana hidup yang baru.
Menghadapi dunia yang baru, masyarakat Jerman. Negeri itu mirip menolak kedatangannya. Percubaannya di Jerman tidak berhasil. Dia terpaksa bungkus. Dia lari meninggalkan negeri Jerman. Peristiwa enam tahun yang lalu muncul tiba-tiba. Penderitaan yang memang menyeksakan. Kebimbangan dia ditangkap sentiasa wujud. Bila dia akan ditangkap, dihalau persis haiwan diheret dari kandang.
Senja yang malang itu datang juga. Tempat dia bekerja berlaku konflik. Senja itu tergambar di bola matanya. Dua kumpulan pekerja kongsi majikannya bertelagah. Satu kumpulan pekerja dari Malaysia dan satu lagi pekerja dari Vietnam yang sama-sama datang ke Jerman untuk mengadu nasib, mengharapkan hari-hari esok yang lebih ceria dan cerah.
``Kamu sekalian tipu kami!'' Kata si Gemuk, majikan kongsi dari Vietnam.
``Kamu sekalian merancang menggelapkan duit kami!'' Bentak si Gemuk dengan nada bengis.
Kawan Lee Leong, Tan Tong, warganegara Malaysia, tidak dapat berkata-kata. Lee Leong tidak percaya Tan Tong telah menggelapkan duit pihak kongsi dari Vietnam itu.
``Apa keputusan kamu?''
``Saya mahu kamu berunding dengan saya. Pulangkan duit untung, kalau tidak, jangan harap keluar selangkah pun dari restoran ini.'' Bentak si Gemuk dari Vietnam itu.
Hendak sahaja si Gemuk itu menelan Tan Tong dan isterinya yang duduk terpaku di tepi sudut restoran. Isteri Tan Tong ialah seorang pemastautin tetap Jerman kelihatan ketakutan melihat peristiwa tersebut. Lee Leong turut panik. Dia berada di rantau orang. Bergaduh membawa padah dan kecelakaan kepada kedua-dua pihak kelak.
Keadaan bertambah gawat dengan kemunculan seorang kawan Lee Leong, Mak Seng. Mereka bertiga meninggalkan Malaysia untuk merantau ke Jerman bagi mencipta hari depan yang lebih gemilang.
``Mereka kata kita tipu.'' Jawab Lee Long.
Sekonyong-konyong muncul di ambang pintu restoran, enam lelaki perantau dari negeri Vietnam. Mungkin kawan si Gemuk itu, teka Lee Leong. Suasana bertambah tegang. si Gemuk bertambah bersemangat dan kekuatannya. Enam orang itu akan meleburkan Lee Leong dengan kawan-kawannya dari Malaysia.
``Kali ini akan saya hapuskan kamu. Kami tahu, kamu pakat songlap hasil jualan restoran. Kalau tidak, bagaimana setiap hari hasil jualan sedikit sahaja, padahal setiap hari jualan restoran memuaskan.'' Bentak si Gemuk rakan kongsi, Tan Tong dari Vietnam itu yang telah juga mendapat pemastautin tetap Jerman.
Semua yang ada kebimbangan. Tiba-tiba Mak Seng muncul semula dengan parang di tangannya yang secara senyap diambil dari dapur restoran.
``Kamu sekalian dengar sini! Jika kamu sentuh Lee Leong dan kawan-kawannya dari Malaysia, parang ini akan menikam dada kamu. Faham bangsat!'' Jerit Mak Seng.
Perantau-perantau dari Vietnam itu tersentak dengan jeritan itu. Mereka terpaku. Mereka telah dapat mengesan bahaya akan menimpa. Mereka mengundurkan diri. Kawan-kawan mereka juga turut pergi.
Selepas peristiwa itu, Lee Leong meninggalkan Jerman merantau ke London. Mungkin London menjadi harapannya. Enam bulan di Jerman, pahit manis dirasainya. Sudah Lee Leong rasa padah setiap akhir bulan tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan.
Kini Lee Leong berada di Lapangan Terbang Heathrow. Dia tersenyum apabila seorang penumpang terjatuh kira-kira tiga meter daripadanya. Mungkin kesuntukan masa membuat penumpang itu berlari-lari untuk menuju ke pintu kapal terbang, lalu tersungkur.
Lee Leong sudah dua jam awal tiba. Dia tahu penerbangan akan berlepas hanya 12 tengah hari. Pukul 10 pagi lagi dia sudah berada di Lapangan Terbang Heathrow. Dia tidak pernah menjejaki kaki di lapangan terbang tersebut.
Masa tiba di London dulu, meninggalkan negara Jerman, terus menuju ke Paris dan dari Paris itu menaiki hoverkraf ke London tidak melalui Lapangan Terbang Heathrow. Dia bimbang. Dia cuba datang awal. Dia wajib siasat dan mengetahui setiap prosedur yang perlu dilalui untuk ke pintu kapal terbang. Kini dia hendak balik ke Malaysia, Lapangan Terbang Heathrow terpaksa ditempuhi. Dua jam lebih awal menunggu, tidak dianggap seperti menyeksakan jika dibandingkan lima tahun setengah menjadi perantau di merata-rata tempat di London. Dia sentiasa diburu kebimbangan.
Lee Leong membiarkan masalahnya melayang pergi. Kini dia memikirkan tujuannya ke Eropah ialah untuk mencari nafkah halal. Untuk mendapat pendapatan lebih bagi membina satu dunia yang baru. Dunia untuk diri dan keluarganya. Penderitaan selama lima tahun setengah di London sudah berakhir. Kini dia bersiap sedia untuk pulang ke tanah air.
Dunia yang dimimpikan selalu, kini telah tercapai. Membina penghidupan baru. Semua ini tercapai di atas bantuan seorang kawan yang dikenali di Jerman dahulu. Kawan itu mempunyai saudaranya di London. Di rumah saudara kawannya itu, dia tinggal selama dua minggu di London sebelum dia ditawarkan bekerja.
Bekerja sebagai tukang masak. Kebanyakan masanya dia berada di dapur atau berada di bilik kecilnya yang disediakan oleh pihak majikan. Hati kecilnya sentiasa dibuai dengan kebimbangan ditangkap. Dia sudah nekad, kalau dia ditangkap terus balik ke tanah air. Dia bernasib baik, dapat bertahan selama lima tahun setengah di London.
Berhibur
Majikannya seorang Vietnam, pemastautin tetap British. Sudah menjadi kebiasaan orang Vietnam atau orang Hong Kong mengusahakan restoran di London atau di merata-rata tempat di United Kingdom. Dia lebih suka bekerja di luar kota raya London. Kerjanya bermula dari pukul 3 petang dan berakhir pada 10.30 malam.
Pada hari Isnin, Lee Leong akan dapat cuti rehat. Dia akan ke China Town London. Di kawasan Soho dia membeli-belah, makan-makan, berhibur atau pergi ke Oxford Street membuat window shopping. Selama lima tahun setengah, saban minggu, Soho menjadi tempat kunjungannya. Pondok Pagoda di China Town itu menjadi tempat kesukaannya untuk duduk-duduk. Memandang suasana sekelilingnya.
Nasibnya bertuah, lima tahun setengah di London tidak pernah dia ditahan oleh pihak polis atau pihak Imigresen British. Mungkin dia tidak suka merayau sangat. Dia hanya berkubang di kawasan London sahaja. Walaupun dia bekerja di sebuah pekan yang agak jauh dari London.
Papan jadual ketibaan dan berlepas berpusar ligat mengembalikan ingatan Lee Leong seketika. Dia kini berada di Lapangan Terbang Heathrow bukan di Soho lagi. Empat puluh minit lagi, kapal terbang Mas akan berlepas ke Malaysia.
Darah gemuruhnya bertambah kencang. Apa akan jadi kepadanya kelak apabila berhadapan dengan pegawai Imigresen London? Perasaan kebimbangan yang tidak dapat dikawal. Apa akan jadi kepadanya? Ditahan, dilokap atau sebagainya. Perasaan ini menyeksa memuncak dalam diri Lee Leong. Segala pemandangan indah yang berada di lapangan terbang itu tidak membawa erti kepadanya.
Jahanam saya kali ini, bentak fikirannya. Dahulu, saya boleh lepas sebab saya memasuki secara sah dan terus menghilang. Keadaan kini berlainan sekali. Bila-bila masa sahaja, dia akan ditahan dan dipenjarakan. Tidak seorang yang boleh memahami perasaan kebimbangan pada masa itu. Bara kebimbangan sentiasa memuncak, saat demi saat sekarang. Perutnya rasa memulas hendak ke tandas. Perasaan takut berbuai cita rasa tersebut. Pemandangan sekeliling seperti mengejek-ejek dirinya. Dahulu terlepas bukan bererti kali ini, engkau akan selamat. Apa salah saya? Saya hanya mencari sesuap nasi dan seteguk air. Keringat mengalir baru upah dibayar.
Ini tanah air orang lain. Engkau tidak berhak di sini. Merampas hak orang bekerja? Saya dilamar untuk bekerja. Betulkah? Awak cari fasal. Mereka memerlukan tenaga saya. Mereka memeras tenaga tubuh saya, baru saya dibayar. Salahkah saya membuat demikian? Dia menyapu keningnya. Dengan tidak sengaja, dia terasa keras tapak tangan. Cuba engkau tengok, berapa keras tapak tangan saya? Ya. Saya berasa bangga dapat rezeki halal bukan dengan menggunakan tipu muslihat. Itu pun salahkah?
Kebimbangan tetap ada. Lebih memuncak kini. Masa berlaku mendekati diri ke jurang maut. Laluan maut itu harus ditempuhnya seketika lagi. Tiga puluh minit lagi. Kini masa terakhir dia terpaksa check-in. Gadis di kaunter pemeriksaan tiket begitu mesra untuk menolong. Dia tidak membawa banyak barangan. Dia sedar membawa banyak barangan akan menyusahkan dirinya. Laluan ke kaunter imigresen sudah tiba. Ruang maut menjelma di hadapan. Ini yang ditakuti kerana laluan itu, terpaksa dilalui untuk balik ke tanah air tercinta.
Di hadapan Lee Leong, dua pegawai imigresen tercegat. Seorang lelaki dan seorang wanita. Wajah mereka tanpa senyuman. Lee Leong menyerahkan pasportnya kepada pegawai lelaki itu. Beliau membelek-belek pasport dan membuka lembar demi lembar daun pasport berkenaan. Kemudian pegawai itu bersuara:
``Follow me,'' perintah pegawai itu.
Lee Leong dapat kesan ada sesuatu yang tidak kena pada pasportnya. Dia masih membatu di tempatnya berdiri, tanpa menghiraukan arahan pegawai berkenaan. Dia buat-buat tidak memahami arahan daripada pegawai berkenaan. Itu helahnya.
``What! What! What!'' menjawab Lee Leong seolah-olah tidak mengerti arahan yang disuruh oleh pegawai itu.
Pegawai itu melambaikan tangannya bagi menyuruh Lee Leong mengikutinya. Kali ini dia terpaksa. Dia diperintah memasuki bilik tidak jauh dari tepat itu. Dia dipersilakan duduk.
Apabila Lee Leong telah duduk, pegawai itu berkata:
``You have been in London more then five years. Tell me now where have you been?'' Desak pegawai itu.
``What? What? What?'' Lee Leong cuba mencari helah untuk melepaskan diri.
``I guess you have working in London for the past five years. Don't tell me you don't know. Don't pretend!'' Bentak pegawai itu dengan suara yang meninggi.
``I know you understand English. So please tell me now, where have you been?'' perintah pegawai itu lagi.
``I can detain you, you know that. If you reluctantly to tell me the truth!'' pegawai itu naik berang kerana Lee Leong masih membatu dan masih enggan memberitahu dan tanpa mempedulikan soalan-soalan yang dikemukakan.
Jam tangan pegawai berkenaan menunjukkan 20 minit lagi kapal terbang akan berlepas.
``Fill in this form!'' pegawai itu menyerahkan sekeping borang kepada Lee Leong apabila dilihat Lee Leong enggan memberi kerjasama. Lee Leong seolah-olah mengikut perintah pegawai itu. Dia sudah bosan dan juga didesak oleh kesuntukan masa. Dia fikir pancingnya telah mengena.
Dia sudah nekad, apa akan terjadi. Biarlah. Selama enam tahun ini pun dia menderita. Biarlah tindakan diambil. Borang itu memintanya mengisi butiran peribadi. Dengan secara kilat diisi borang berkenaan dan diserahkan semula borang itu kepada pegawai berkenaan. Secara kilat juga pegawai itu mengecap pasportnya dan kembali kepadanya.
``You can go now. Please remember, my people and the Malaysian Imigration officers will be waiting for you at KLIA,'' ujar pegawai itu.
Lee Leong tidak mengambil endah percakapan pegawai itu. Dia mengambil pasportnya dengan segera. Dia berlari macam kilat menuju ke pintu masuk kapal terbang. Pramugari telah menunggu di tangga, keratan tiket diambil dan mempersilakan dia duduk.
Dia meletakkan beg bimbitnya di atas dek di tempat duduk, lalu duduk. Empat belas jam lagi dia akan menghadapi dugaan. Sepanjang penerbangan, dia tidur untuk menghilangkan kebimbangan bakal dihadapi. Bila dia sedar, kapal terbang telah berada di kawasan Langkawi. Kira-kira 45 minit lagi dia akan tiba di KLIA.
Sebentar lagi, Lee Leong akan kembali ke tanah air semula, selepas meninggalkannya selama enam tahun. Sudah tentu banyak pembangunan telah berlaku di Malaysia. Dia membaca berita pembangunan Malaysia melalui surat khabar keluaran Hong Kong. Dia selalu membelinya di China Town, London.
Kapal terbang menghampiri Nilai. Kebimbangannya memuncak semula, dia akan ditangkap. Mereka akan menahannya. Dia akan disoal siasat. Pernah dia mendengar daripada orang-orang Malaysia yang datang ke London, perantau yang meninggalkan Malaysia terlalu lama dan bekerja di tempat orang dan bila balik ke Malaysia, mereka akan ditahan dan disoal siasat dan pasportnya dirampas.
Dia tidak khuatir kalau pasportnya sahaja yang dirampas tetapi bukan dia ditahan. Dia juga sedar nasib puluhan ribu rakyat Malaysia di luar negara mencari nafkah dan tinggal di negara orang secara tidak sah seperti dirinya. Lee Leong yakin penuh watan tercinta tidak akan menahannya.
Itu hanya cerita yang diada-adakan. Dia tidak percaya langsung cerita mereka itu. Dia tidak melakukan sebarang perkara jenayah, mengapa pula dia harus ditahan?
Tepat pukul 7 pagi, MH001 tiba di KLIA. Pengumuman ketibaan kapal terbang dilakukan oleh kapten. Berat bagi Lee Leong untuk turun dari perut kapal terbang. Dia seolah-olah tidak mahu turun. Kuasa tarikan penumpang yang berpusu-pusu hendak keluar menggerakkan Lee Leong dari tempat duduk. Dia lalu mengambil bag bimbit dan menuruti penumpang-penumpang lain turun dari kapal terbang.
Dia nekad apa akan terjadi, biarlah masa yang akan menentukan. Salah apa saya perlu ditangkap. Saya bukan penjenayah perlu ditahan. Dia sedia menerima apa akibatnya. Bas sedia menunggu membawa mereka ke pintu masuk ke kaunter pemeriksaan imigresen.
Seorang demi seorang penumpang beratur untuk melalui kaunter pemeriksaan pihak imigresen. Langkah Lee Leong begitu berat untuk dihayun ke hadapan tetapi terpaksa dia langkahi setapak demi setapak, akhrinya sampai gilirannya berhadapan dengan kaunter pemeriksaan imigresen.
Jantung Lee Leong berdenyut pantas semasa dia menyerahkan pasportnya kepada pegawai imigresen yang kelihatan tersenyum. Pegawai itu membelek-belak pasportnya dan membuka lebar demi lebar. Kemudian didapati pegawai itu mengecap pasportnya. Lee Leong memerhati ke sekeliling, tidak ada pegawai Imigresen British menunggunya. Tidak ada orang asing menunggu ketibaannya.
Kedengaran suara, ``Selamat balik ke Malaysia,'' ucapan daripada ibu bapa dan saudara-maranya yang sedang menunggu di pintu keluar KLIA. Cahaya sinaran pagi begitu cerah dan ceria. Kepulangan anak watan yang ingin membaiki dirinya untuk masa muka yang mendatang diterima oleh sang suria dengan suluhan cahaya yang terang-benderang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan