Isnin, 16 Julai 2007

Tahun Ular diharap membawa kemakmuran

SEMUA orang Tionghua di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina, tahun ini pada 24 Januari, 2001.
Tahun lepas adalah Tahun Naga. Menurut kepercayaan orang Tionghua, Tahun Naga membawa tuah. Ini memang bersesuaian dengan pencapaian negara kita di mana ekonomi negara bertambah rancak dan memberangsangkan.
Belanjawan negara 2001 yang telah dibentangkan oleh Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Malaysia pada 27 Oktober, 2000, rata-rata menyifatkannya sebagai belanjawan mesra rakyat. Banyak insentif yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat.
Belanjawan ini bersifat pragmatik dan pandang ke depan sudah tentu akan membawa negara mencapai perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara yang merangsangkan. Ia juga merupakan satu belanjawan yang boleh menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial.
Tahun ini adalah Tahun Ular. Daripada kepercayaan kuno Cina bahawa sifat ular ada hubung kait dengan nasib baik, berbakat dan bijaksana. Sifat ular juga dipercayai ada kala tidak menentu. Berdasarkan sifat tersebut Tahun Ular dijangka akan membawa kemakmuran kepada negara. Dan ada kala keadaannya agak tidak menentu.
Walau bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku pada akhir-akhir ini, kita boleh menjangka satu pertumbuhan ekonomi yang agak merangsangkan bagi Tahun Ular ini.
Tahun Baru Cina adalah satu perayaan paling meriah bagi orang Tionghua di negara ini. Di Malaysia, ia menjadi satu pesta dalam memupuk perasaan saling hormat menghormati dan mengikat silaturahim yang sudah terjalin.
Kini perasaan itu terus dipupuk tahun demi tahun supaya bibit yang bercambah selama ini hidup subur, kukuh dan menjadi lebih matang.
Seperti Hari Raya Puasa, Hari Deepavali dan Hari Natal, sambutan Tahun Baru Cina sudah menjadi jambatan kesinambungan bagi memperkukuhkan perasaan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Orang Tionghua mula membuat persiapan Tahun Baru Cina sebulan sebelum hari berkenaan. Rumah mereka dibersihkan dan dicat, langsir, perabot dan peralatan rumah yang lama akan digantikan baru.
Selalunya daun buluh digunakan, kerana menurut kepercayaan orang Tionghua daun buluh boleh menghalau hantu.
Pembaikan dan pemulihan juga dilakukan bagi memberi nafas baru kepada rumah mereka. Pada sebelah kiri dan kanan pintu masuk rumah, lazimnya ditampal kertas merah dengan ayat 'membawa tuah' ditulis di atasnya dengan menggunakan air emas. Sebelum Tahun Baru Cina telah menjadi kelaziman, segala hutang perlu dilangsaikan.
Sementara itu, lazimnya pada malam sebelum hari Tahun Baru orang Tionghua melakukan sembahyang kepada Dewa Murah Rezeki.
Pada pagi raya pula ada juga orang Tionghua berkunjung ke tokong Buddha untuk bersembahyang.
Sambutan Tahun Baru Cina diadakan selama 15 hari. Pada akhir sambutan Tahun Baru Cina dinamakan 'Cap Goh Meh', yang bererti ''Hari yang kelima belas''. ''Cap Goh Meh'' juga dikenali sebagai Pesta Yuan Siau.
Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ada hari-hari tertentu yang amat istimewa kepada orang Tionghua, antaranya sambut ''kaiNian'' (permulaan Tahun) yang jatuh pada hari kedua.
Sambutan ''Hari Kelahiran Manusia'' yang jatuh pada hari ketujuh. Pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru Cina dinamakan 'hari kelahiran manusia' (pada hari ini, ada juga orang Tionghua akan memakan isi ikan haruan mentah dan bahan ramuan lain dengan kepercayaan ia akan membawa murah rezeki dan makmur).
Upacara sembahyang Tuhan Syurga jatuh pada hari kesembilan dan Capgome yang jatuh pada hari kelima belas.
Adalah menjadi kelaziman sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua menghantar kad ucapan kepada saudara mara dan sahabat handai. Ucapan dalam kad itu selalunya mengandungi kata-kata seperti 'Selamat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki'.
Kini ada juga kad ucapan yang disediakan dalam pelbagai bentuk. Ada kad yang direka kata-kata ucapan khas untuk ahli perniagaan, ahli keluarga, sahabat handai dan kekasih.
Sehari sebelum tahun baru, anggota keluarga masyarakat Cina akan berkumpul dan makan bersama. Ini dikenali sebagai Tuang Yuen Fan atau Jamuan Berkumpul - jamuan untuk memupuk semangat kekeluargaan, kemesraan dan kesepakatan.
Oleh sebab itu, walaupun berapa jauh seseorang itu berada, dia akan cuba pulang ke rumah orang tuanya sehari sebelum tahun baru. Ada juga majikan yang mengadakan jamuan untuk pekerjanya.
Menjelang tengah malam sehari sebelum tahun baru, di luar, di dalam, di depan dan di belakang rumah perlu diterangi cahaya lampu. Kepercayaan kuno orang Tionghua iaitu mereka yakin dengan cara ini dapat menghalau Nian (sejenis binatang buas).
Dengan cara membuat bunyi bising (membakar mercun), menyalakan api (cahaya) adalah dipercayai boleh menakut dan menghalau hantu. Pinggan dan mangkuk yang digunakan pada 'Jamuan Berkumpul' harus dibersihkan sebelum permulaan Tahun Baru Cina supaya kedatangan tahun baru itu memberi tuah dan bahagia kepada penghuninya.
Orang Tionghua tidak menyapu sampah atau menjahit di rumah pada hari pertama hingga hari ketiga. Oleh itu penyapu harus disorok dan hanya digunakan pada hari keempat.
Mereka juga seboleh-bolehnya tidak digalakkan menggunakan pisau atau alat tajam, ini bagi mengelakkan benang ikatan murah rezeki yang bakal diperoleh tidak terputus.
Warna merah melambang tuah dan kebahagiaan. Keyakinan ini membuat mereka berpendapat warna merah boleh mendatangkan keuntungan. Jadi lambang merah ini menjadi tradisi dan warna kesukaan orang Tionghoa dan sering digunakan dalam perayaan kebesaran.
Semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat-handai, buah limau menjadi buah tangan mereka. Mereka menghadiahkan buah limau kepada tuan rumah untuk tuah dan kebahagiaan.
Semasa pengunjung pulang, tuan rumah juga membalas dengan memberi buah tangan yang seakan sama.
Kuih bakul menjadi juadah terpenting pada Tahun Baru Cina. Di samping itu pengunjung juga dijamukan dengan kacang, gula-gula, kuaci (biji tembikai), buah kurma, longan dan kuih muih. Selalunya juadah itu dihidangkan dalam kotak yang mempunyai lapan ruang simpanan.
Pada Tahun Baru Cina, mereka yang dewasa akan memberi angpau kepada kanak-kanak atau mereka yang belum berumah tangga. Jumlah yang diberi dalam bungkusan merah itu biasanya berpasangan atau genap.
Persembahan tarian singa diadakan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. Ia dianggap mulia bagi orang Tionghua. Tarian itu dipercayai boleh mendatangkan tuah, berkat dan murah rezeki kepada tuan rumah, jika persembahan itu diadakan di kedai atau di rumahnya.
Pada hari pertama, semua pertuturan yang baik-baik saja diucapkan. Ucapan yang tidak senonoh dilarang. Lazimnya diucapkan ialah Gong Xi Fa Chai yang bererti 'selamat sejahtera dan murah rezeki'.

Tahun Naga dijangka rangsangkan ekonomi

HARI ini, orang Tionghua di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina.
Tahun lepas adalah Tahun Arnab. Menurut kepercayaan Tionghua, Tahun Arnab memberi tuah pada akhir-akhir tahun. Ini bertepatan dengan kejadian yang berlaku di negara kita seperti keredaan kegawatan ekonomi dan krisis mata wang. Krisis mata wang yang dihadapi negara bertambah pulih. Pertumbuhan ekonomi bertambah baik.
Bagaimanapun dengan pelantikan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan dan pelantikan keanggotaan jemaah menteri yang baru pada 14 Januari lalu, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada Tahun Naga ini dijangka bertambah rancak dan memberangsangkan.
Tahun ini orang Tionghua menyambut Tahun Naga. Tahun Naga kali ini akan membawa tuah; pertumbuhan ekonomi negara bertambah rancak dan menggalakkan.
Tahun baru Cina adalah satu perayaan paling meriah bagi orang Tionghua di negara ini. Di Malaysia, ia menjadi satu pesta dalam memupuk perasaan saling hormat-menghormati dan mengikat silaturahim yang sudah terjalin.
Kini perasaan itu dipupuk pula tahun demi tahun supaya bibit yang bercambah selama ini hidup subur, kukuh dan matang.
Seperti Hari Raya Puasa, Hari Deepavali dan Hari Natal, sudah menjadi jambatan kesinambungan memperkukuhkan perasaan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Orang Tionghua mula membuat persiapan Tahun Baru Cina sebulan sebelum hari berkenaan. Rumah mereka dibersihkan dan dicat, langsir, perabot dan peralatan rumah yang lama akan digantikan baru.
Selalunya daun buluh digunakan, kerana kepercayaan mereka daun buluh boleh menghalau hantu.
Pembaikan dan pemulihan juga dilakukan bagi memberi nafas baru kepada rumah berkenaan. Pada sebelah kiri dan kanan pintu masuk rumah, lazimnya ditampal kertas merah dengan ayat 'membawa tuah' ditulis di atasnya menggunakan air emas. Sebelum Tahun Baru Cina menjadi kelaziman, segala hutang perlu dilangsaikan.
Orang Tionghua selalunya bersembahyang kepada Dewa Langit, Dewa Bumi dan Dewa Dapur. Ini dilakukan pada hari ke-24 bulan 12. Upacara sembahyang itu diharap memurahkan rezeki dan kebahagiaan kepada tuan rumah.
Sementara itu, dari pukul 11 malam pada malam sebelum hari Tahun Baru sehingga 6 pagi pada pagi hari berkenaan, elok untuk orang Tionghua melakukan sembahyang kepada Dewa Murah Rezeki. Pada pagi itu pula ada juga orang Tionghua berkunjung ke tokong Buddha untuk bersembahyang.
Sambutan Tahun Baru Cina diadakan selama 15 hari. Pada hari akhir sambutan Tahun Baru Cina dinamakan sambutan 'hari kelahiran manusia' yang jatuh pada hari ketujuh (pada hari ini, ada juga orang Tionghua akan memakan isi ikan haruan mentah dan bahan ramuan lain dengan kepercayaan ia murah rezeki dan makmur).
Upacara sembahyang Tuhan Syurga jatuh hari kesembilan dan Chap Goh Mei yang jatuh pada hari kelima belas.
Adalah menjadi kelaziman sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua menghantar kad ucapan kepada saudara mara dan sahabat handai. Ucapan dalam kad itu selalunya mengandungi kata-kata seperti 'selamat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki'.
Kini ada juga kad ucapan yang disediakan dalam pelbagai bentuk termasuk gambar naga berbentuk komik. Ada kad yang direka kata-kata ucapan khas untuk ahli perniagaan, ahli keluarga, sahabat handai dan kekasih.
Sehari sebelum Tahun Baru, anggota keluarga masyarakat Cina akan berkumpul dan makan bersama. Ini dikenali sebagai Tuang Yuen Fan atau Jamuan Berkumpul - jamuan untuk memupuk semangat kekeluargaan, kemesraan dan kesepakatan.
Oleh sebab itu walaupun berapa jauh seseorang itu berada, dia akan cuba pulang ke rumah orang tuanya sehari sebelum Tahun Baru. Ada juga majikan yang mengadakan jamuan untuk pekerjanya.
Menjelang tengah malam sehari sebelum Tahun Baru di luar, di dalam, di depan dan di belakang rumah perlu diterangi cahaya lampu. Kepercayaan kuno orang Tionghua iaitu mereka yakin dengan cara ini dapat menghalau Nian (sejenis binatang buas).
Dengan cara membuat bunyi bising (membakar mercun) menyalakan api (cahaya) pada zaman moden ini dipercayai boleh menakutkan dan menghalau hantu. Pinggan dan mangkuk yang digunakan pada 'Jamuan Berkumpul' harus dibersihkan sebelum permulaan Tahun Baru Cina supaya kedatangan tahun baru itu memberi tuah bahagia kepada penghuninya.
Orang Tionghua tidak menyapu sampah atau menjahit di rumah pada hari pertama hingga ketiga. Kerana itu penyapu harus disorok dan hanya digunakan pada hari keempat.
Mereka juga seboleh-bolehnya tidak digalakkan menggunakan pisau atau alat tajam, ini bagi mengelakkan benang ikatan murah rezeki yang bakal diperoleh tidak terputus.
Warna merah melambangkan tuah dan kebahagiaan. Keyakinan ini membuat mereka berpendapat warna merah boleh mendatangkan keuntungan. Jadi lambang merah ini menjadi tradisi dan warna kesukaan orang Tionghua dan sering digunakan dalam perayaan kebesaran.
Semasa berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai, buah limau menjadi buah tangan mereka. Mereka menghadiahkan buah limau kepada tuan rumah untuk tuah dan kebahagiaan.
Semasa pengunjung pulang, tuan rumah juga membalas dengan memberi buah tangan yang seakan sama.
Kuih bakul menjadi juadah terpenting pada Tahun Baru Cina. Di samping itu pengunjung juga dijamukan dengan kacang, gula-gula, kuaci (biji tembikai), buah kurma, longan dan kuih muih. Selalunya juadah itu dihidangkan dalam kotak yang mempunyai lapan ruang simpanan.
Pada Tahun Baru Cina, mereka yang dewasa akan memberi angpau kepada kanak-kanak atau mereka yang belum berumahtangga. Jumlah yang diberi dalam bungkusan merah itu biasanya berpasangan atau genap.
Mercun dibakar untuk menghalau kecelakaan serta memohon tuah mendatang. Kini pembakaran mercun dilarang oleh kerajaan Malaysia.
Persembahan tarian singa diadakan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. Ia dianggap mulia bagi orang Tionghua. Tarian itu dipercayai boleh mendatangkan tuah, berkat dan murah rezeki kepada tuan rumah, jika persembahan itu diadakan di kedai atau di rumahnya.
Pada hari pertama, semua pertuturan yang baik-baik saja diucapkan. Ucapan yang tidak senonoh dilarang. Lazimnya diucapkan ialah Gong Xi Fa Cai, yang bererti 'selamat sejahtera dan murah rezeki'.
Ucapan Gong Xi Fa Cai ini sentiasa menari di bibir orang Tionghua sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina berlangsung. Upacapan sambutan Tahun Baru Cina berbeza menurut dialek dan loghat seseorang Tionghua itu. Sambutan Tahun Baru Cina berakhir pada malam Chap Goh Mei.

Rumah terbuka di Ipoh

Hari ini semua orang Tionghua di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina. Tahun ini adalah Tahun Kuda. Dari kepercayaan Cina, sifat kuda yang bertenaga, berusaha dan mempunyai azam untuk berjaya akan mewarnai tahun ini.
Berdasarkan sifat-sifat luhur tersebut, Tahun Kuda diramal akan membawa kemakmuran kepada negara. Walau bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku pada akhir-akhir ini, kita yakin satu pertumbuhan ekonomi yang agak merangsangkan berlaku bagi Tahun Kuda ini.
Orang Tionghua mula membuat persiapan Tahun Baru Cina sebulan sebelum hari berkenaan. Rumah mereka dibersihkan dan dicat, langsir, perabot dan peralatan rumah yang lama akan digantikan baru.
Selalunya daun buluh digunakan, kerana menurut kepercayaan orang Tionghua daun buluh boleh menghalau hantu. Pembaikan dan pemulihan juga dilakukan bagi memberi nafas baru kepada rumah mereka. Pada sebelah kiri dan kanan pintu masuk rumah, lazimnya ditampal kertas merah dengan ayat `membawa tuah' ditulis di atasnya dengan menggunakan air emas. Sebelum Tahun baru Cina telah menjadi kelaziman, segala hutang perlu dilangsaikan.
Sementara itu, lazimnya pada malam sebelum Hari Tahun Baru orang Tionghua melakukan sembahyang kepada Dewa Murah Rezeki. Pada pagi raya pula ada juga orang Tionghua berkunjung ke tokong Buddha untuk bersembahyang.
Sambutan Tahun Baru Cina diadakan selama 15 hari. Pada akhir sambutan Tahun Baru Cina dinamakan `Cap go me', yang bererti `hari yang kelima belas'. `Capgome' juga dikenali sebagai Pesta Yuan Siau.
Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ada hari-hari tertentu yang amat istimewa kepada orang Tionghua, antaranya sambut `Kai-nian' (permulaan tahun) yang jatuh pada hari kedua.
Sambutan `Hari Kelahiran Manusia'' yang jatuh pada hari ketujuh. Pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru Cina dinamakan `hari kelahiran manusia' (pada hari ini, ada juga orang Tionghua akan memakan isi ikan haruan mentah dan bahan ramuan lain dengan kepercayaan ia akan membawa murah rezeki dan makmur).
Upacara sembahyang Tuhan Syurga jatuh pada hari kesembilan dan Capgome yang jatuh pada hari kelima belas.
Adalah menjadi kelaziman sebelum Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua menghantar kad ucapan kepada saudara mara dan sahabat-handai. Ucapan dalam kad itu selalunya mengandungi kata-kata seperti `selamat sejahtera, panjang umur dan murah rezeki'.
Malam tadi, anggota keluarga masyarakat Cina akan berkumpul dan makan bersama. Ini dikenali sebagai Tuang Yuen Fan atau Jamuan Berkumpul - jamuan untuk memupuk semangat kekeluargaan, kemesraan dan kesepakatan.
Oleh sebab itu, walaupun berapa jauh seseorang itu berada, dia akan cuba pulang ke rumah orang tuanya sehari sebelum tahun baru. Ada juga majikan yang mengadakan jamuan untuk pekerjanya.
Menjelang tengah malam sehari sebelum tahun baru, di luar, di dalam, di depan dan di belakang rumah perlu diterangi cahaya lampu. Kepercayaan kuno orang Tionghua iaitu mereka yakin dengan cara ini dapat menghalau Nian (sejenis binatang buas). Dengan cara membuat bunyi bising (membakar mercun), menyalakan api (cahaya) adalah dipercayai boleh menakut dan menghalau hantu.
Pinggan dan mangkuk yang digunakan pada `Jamuan Berkumpul' harus dibersihkan sebelum permulaan Tahun Baru Cina supaya kedatangan tahun baru itu memberi tuah dan bahagia kepada penghuninya.
Orang Tionghua tidak menyapu sampah atau menjahit di rumah pada hari pertama hingga hari ketiga. Oleh itu penyapu harus disorok dan hanya digunakan pada hari keempat.
Mereka juga seboleh-bolehnya tidak digalakkan menggunakan pisau atau alat tajam, ini bagi mengelakkan benang ikatan murah rezeki yang bakal diperoleh tidak terputus.
Warna merah melambang tuah dan kebahagiaan. Keyakinan ini membuat mereka berpendapat warna merah boleh mendatangkan keuntungan. Jadi lambang merah ini menjadi tradisi dan warna kesukaan orang Tionghua dan sering digunakan dalam perayaan kebesaran.
Semasa berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat-handai, buah limau menjadi buah tangan mereka. Mereka menghadiahkan buah limau kepada tuan rumah untuk tuah dan kebahagiaan. Semasa pengunjung pulang, tuan rumah juga membalas dengan memberi buah tangan yang seakan sama.
Kuih bakul menjadi juadah terpenting pada Tahun Baru Cina. Di samping itu pengunjung juga dijamukan dengan kacang, gula-gula, kuaci (biji tembikai), buah kurma, longan dan kuih-muih. Selalunya juadah itu dihidangkan dalam kotak yang mempunyai lapan ruang simpanan.
Pada Tahun Baru Cina, mereka yang dewasa akan memberi angpau kepada kanak-kanak atau mereka yang belum berumah tangga. Jumlah yang diberi dalam bungkusan merah itu biasanya berpasangan atau genap. Mercun dibakar untuk menghalau kecelakaan serta memohon tuah mendatang. Kini pembakaran mercun dilarang oleh kerajaan Malaysia.
Persembahan tarian singa di adakan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. ia dianggap mulia bagi orang Tionghua. Tarian itu dipercayai boleh mendatangkan tuah, berkat dan murah rezeki kepada tuah rumah, jika persembahan itu diadakan di kedai atau di rumahnya.
Pada hari pertama, semua pertuturan yang baik-baik saja diucapkan. Ucapan yang tidak senonoh dilarang. Lazimnya diucapkan ialah Gong Xi Fa Cai yang bererti `selamat sejahtera dan murah rezeki'.

Erti `Jamuan Berkumpul' Tionghua

Esok semua orang Tionghua di seluruh dunia menyambut Tahun Baru Cina. Ini merupakan salah satu upacara perayaan yang terbesar dan terpenting yang dirayakan oleh orang Tionghua dalam sesuatu tahun.
Tahun ini tahun monyet. Dengan perkembangan politik tanah air yang merangsangkan serta ditambah dengan pelantikan seorang Menteri Kewangan Kedua yang memang profesional dalam bidangnya, dan dengan rombakan kecil beberapa ahli Kabinet, dijangka pertumbuhan ekonomi negara pada tahun monyet ini akan bertambah baik serta memberangsangkan.
Seperti juga dengan kaum-kaum lain di negara ini, apabila menjelang tahun baru dalam agama mereka, maka kita akan melihat bahawa banyak kaum Tionghua akan balik ke kampung halaman.
Sekiranya kaum lain semasa merayakan perayaan mereka tidak ada upacara makan bersama anggota keluarga atau yang dikenali sebagai `Tuang Nien Fan', bagi kaum Tionghua pula upacara ini dianggap amat penting.
Penglibatan semua ahli keluarga dalam jamuan itu amat penting. Ia merupakan satu upacara unik dalam merayakan Tahun Baru Cina.
Oleh sebab itu, kita dapati walaupun berapa jauh seorang anak atau anggota keluarga kaum Tionghua itu berada, mereka akan cuba sedaya upaya untuk kembali ke rumah ibu bapa, sehari sebelum menjelang Tahun Baru Cina untuk menikmati makanan `Jamuan Berkumpul'.
Sifat `kekitaan' akan dapat dipupuk melalui upacara tersebut. Sekurang-kurangnya setahun sekali semua anggota keluarga dapat berjumpa serta berkumpul dan makan bersama-sama.
Kini, disebabkan setiap anggota masyarakat tidak terkecuali juga kaum Tionghua, mereka sentiasa sibuk menjalankan pekerjaan dan tugas masing-masing.
Oleh sebab itu, peluang untuk berjumpa, berkumpul di satu tempat untuk makan bersama-sama di kalangan keluarga terutama yang tidak tinggal setempat didapati semakin kurang dan mendesak.
Jamuan Berkumpul pada Tahun Baru Cina akan merupakan satu peluang yang amat baik dan berkesan untuk setiap daripada ahli keluarga beristirahat dan bertegur sapa pada hari perayaan ini.
Pada hari ini, semua anggota keluarga kaum Tionghua akan bersatu dan bersama-sama berada di satu meja untuk menikmati juadah Tahun Baru Cina.
Oleh itu, Jamuan Berkumpul dapat dijadikan satu medium untuk sama-sama berkongsi serta menjalin hubungan di antara ahli keluarga masing-masing.
Daripada berkumpul di kalangan ahli keluarga, konsep sambutan Hari Raya di Malaysia telah juga diperluaskan kepada rumah terbuka untuk semua rakyat tanpa mengira agama, kebudayaan dan kaum.
Setiap kali sesuatu kaum itu mengadakan sambutan perayaan, kaum-kaum lain juga turut sama merayakannya iaitu dengan berkunjung ke rumah mereka yang mengadakan rumah terbuka.
Di peringkat politik pula, memang terdapat parti politik menganjurkan rumah terbuka dengan menjemput ahli parti serta orang ramai untuk meraikan Tahun Baru Cina.
Ini juga merupakan satu cara untuk menjalin hubungan di kalangan semua kaum.

Malam terakhir sambutan Tahun Baru Cina

PESTA `Yuan Siau' atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Capgome atau `Malam ke-15' pada Tahun Monyet kali ini berlangsung pada hari ini dan merupakan malam terakhir sambutan Tahun Baru Cina.
Pesta Yuan Siau atau Pesta Tanglung, pada dulu kala disambut dengan meriah. Kaum Tionghua akan memasang lampu-lampu tanglung di halaman rumah mereka.
Pada zaman dahulu juga kebanyakan orang Tionghua memakan sejenis manisan yang dikenali sebagai Yuan Siau, yang juga disebut `Tong Yun' pada malam Capgome.
Masyarakat Tionghua akan berkumpul untuk memakan manisan Tong Yun serta lauk-pauk yang lain. Oleh itu, malam Capgome juga dikenali sebagai meraikan pesta Yuan Siau.
Ramuan manisan ini diperbuat daripada pulut sebagai tepungnya sementara intinya ialah campuran bijan dan kacang serta manisan ini dimakan bersama-sama dengan air gula. Memandangkan manisan Yuan Siau ialah berbentuk bulat maka secara tidak langsung ia mewujudkan perasaan kekitaan dan perpaduan di kalangan ahli keluarga kaum Tionghua pada malam itu.
Pada malam Capgome juga ahli keluarga yang tua akan ke tokong untuk mendoakan kebahagiaan, tuah dan sebagainya bagi ahli keluarganya.
Pada zaman dulu kaum pemudi Tionghua tidak bebas bergaul dengan kaum pemuda jika dibanding dengan zaman sekarang. Oleh hal demikian pada malam Capgome barulah pemudi Tionghua berpeluang untuk mencari pasangan sejati mereka. Oleh itu, pesta Capgome turut dianggap sebagai Hari Kekasih untuk orang Tionghua.
Pada hari ini banyak amalan tersebut masih dipraktikkan oleh pemudi Tionghua di Malaysia, tetapi jumlahnya tidak besar. Pada malam terakhir sambutan Tahun Baru Cina ini masih terdapat pemudi Tionghua, terutama yang tinggal berdekatan dengan laut masih mempraktikkan amalan membaling buah-buah limau untuk mendapatkan kekasih atau suami. Mereka akan menulis nama dan nombor telefon di kulit-kulit buah limau tersebut. Ini memudahkan para jejaka yang mendapat buah limau tersebut untuk menelefon wanita berkenaan.
Memang pada sambutan malam Capgome, kaum Tionghua masih mengadakan jamuan berkumpul untuk menikmati manisan Tong Yun, makan bersama-sama, serta melakukan sembahyang bagi mendoakan kebahagiaan untuk ahli keluarga. Di samping itu terdapat sebilangan kecil sahaja pemudi Tionghua kini yang masih melakukan amalan membaling buah limau ke laut untuk mendapatkan kekasih.

Perantau

LAPANGAN Terbang Heathrow London pagi itu mendung. Semuanya mendesak. Serba-serbi tidak kena. Denyutan nadi dan jantungnya bergerak pantas. Penumpang lalu lalang seolah-olah menyalahkannya. Lee Leong mengingatkan diri supaya tidak mempedulikan semua itu. Masih ada hari esok baginya. Jangan bimbang. Masih belum berlaku kecelakaan. Kebimbangan mencengkam diri. Hati kecil berkata, mungkin boleh sekiranya dicuba. Kelihatan penumpang seolah-olah tersenyum terhadapnya.
Sejak enam tahun berlalu, dia tidak bertemu dengan ibu bapa dan sanak saudara. Mereka ditinggalkan. Mereka juga tidak tahu di mana dia tinggal. Sekali-sekala dia menghantar duit. Dia seorang perantau, mengemis rezeki halal. Perantau menghadapi kesunyian, kesepian dengan suasana hidup yang baru.
Menghadapi dunia yang baru, masyarakat Jerman. Negeri itu mirip menolak kedatangannya. Percubaannya di Jerman tidak berhasil. Dia terpaksa bungkus. Dia lari meninggalkan negeri Jerman. Peristiwa enam tahun yang lalu muncul tiba-tiba. Penderitaan yang memang menyeksakan. Kebimbangan dia ditangkap sentiasa wujud. Bila dia akan ditangkap, dihalau persis haiwan diheret dari kandang.
Senja yang malang itu datang juga. Tempat dia bekerja berlaku konflik. Senja itu tergambar di bola matanya. Dua kumpulan pekerja kongsi majikannya bertelagah. Satu kumpulan pekerja dari Malaysia dan satu lagi pekerja dari Vietnam yang sama-sama datang ke Jerman untuk mengadu nasib, mengharapkan hari-hari esok yang lebih ceria dan cerah.
``Kamu sekalian tipu kami!'' Kata si Gemuk, majikan kongsi dari Vietnam.
``Kamu sekalian merancang menggelapkan duit kami!'' Bentak si Gemuk dengan nada bengis.
Kawan Lee Leong, Tan Tong, warganegara Malaysia, tidak dapat berkata-kata. Lee Leong tidak percaya Tan Tong telah menggelapkan duit pihak kongsi dari Vietnam itu.
``Apa keputusan kamu?''
``Saya mahu kamu berunding dengan saya. Pulangkan duit untung, kalau tidak, jangan harap keluar selangkah pun dari restoran ini.'' Bentak si Gemuk dari Vietnam itu.
Hendak sahaja si Gemuk itu menelan Tan Tong dan isterinya yang duduk terpaku di tepi sudut restoran. Isteri Tan Tong ialah seorang pemastautin tetap Jerman kelihatan ketakutan melihat peristiwa tersebut. Lee Leong turut panik. Dia berada di rantau orang. Bergaduh membawa padah dan kecelakaan kepada kedua-dua pihak kelak.
Keadaan bertambah gawat dengan kemunculan seorang kawan Lee Leong, Mak Seng. Mereka bertiga meninggalkan Malaysia untuk merantau ke Jerman bagi mencipta hari depan yang lebih gemilang.
``Mereka kata kita tipu.'' Jawab Lee Long.
Sekonyong-konyong muncul di ambang pintu restoran, enam lelaki perantau dari negeri Vietnam. Mungkin kawan si Gemuk itu, teka Lee Leong. Suasana bertambah tegang. si Gemuk bertambah bersemangat dan kekuatannya. Enam orang itu akan meleburkan Lee Leong dengan kawan-kawannya dari Malaysia.
``Kali ini akan saya hapuskan kamu. Kami tahu, kamu pakat songlap hasil jualan restoran. Kalau tidak, bagaimana setiap hari hasil jualan sedikit sahaja, padahal setiap hari jualan restoran memuaskan.'' Bentak si Gemuk rakan kongsi, Tan Tong dari Vietnam itu yang telah juga mendapat pemastautin tetap Jerman.
Semua yang ada kebimbangan. Tiba-tiba Mak Seng muncul semula dengan parang di tangannya yang secara senyap diambil dari dapur restoran.
``Kamu sekalian dengar sini! Jika kamu sentuh Lee Leong dan kawan-kawannya dari Malaysia, parang ini akan menikam dada kamu. Faham bangsat!'' Jerit Mak Seng.
Perantau-perantau dari Vietnam itu tersentak dengan jeritan itu. Mereka terpaku. Mereka telah dapat mengesan bahaya akan menimpa. Mereka mengundurkan diri. Kawan-kawan mereka juga turut pergi.
Selepas peristiwa itu, Lee Leong meninggalkan Jerman merantau ke London. Mungkin London menjadi harapannya. Enam bulan di Jerman, pahit manis dirasainya. Sudah Lee Leong rasa padah setiap akhir bulan tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan.
Kini Lee Leong berada di Lapangan Terbang Heathrow. Dia tersenyum apabila seorang penumpang terjatuh kira-kira tiga meter daripadanya. Mungkin kesuntukan masa membuat penumpang itu berlari-lari untuk menuju ke pintu kapal terbang, lalu tersungkur.
Lee Leong sudah dua jam awal tiba. Dia tahu penerbangan akan berlepas hanya 12 tengah hari. Pukul 10 pagi lagi dia sudah berada di Lapangan Terbang Heathrow. Dia tidak pernah menjejaki kaki di lapangan terbang tersebut.
Masa tiba di London dulu, meninggalkan negara Jerman, terus menuju ke Paris dan dari Paris itu menaiki hoverkraf ke London tidak melalui Lapangan Terbang Heathrow. Dia bimbang. Dia cuba datang awal. Dia wajib siasat dan mengetahui setiap prosedur yang perlu dilalui untuk ke pintu kapal terbang. Kini dia hendak balik ke Malaysia, Lapangan Terbang Heathrow terpaksa ditempuhi. Dua jam lebih awal menunggu, tidak dianggap seperti menyeksakan jika dibandingkan lima tahun setengah menjadi perantau di merata-rata tempat di London. Dia sentiasa diburu kebimbangan.
Lee Leong membiarkan masalahnya melayang pergi. Kini dia memikirkan tujuannya ke Eropah ialah untuk mencari nafkah halal. Untuk mendapat pendapatan lebih bagi membina satu dunia yang baru. Dunia untuk diri dan keluarganya. Penderitaan selama lima tahun setengah di London sudah berakhir. Kini dia bersiap sedia untuk pulang ke tanah air.
Dunia yang dimimpikan selalu, kini telah tercapai. Membina penghidupan baru. Semua ini tercapai di atas bantuan seorang kawan yang dikenali di Jerman dahulu. Kawan itu mempunyai saudaranya di London. Di rumah saudara kawannya itu, dia tinggal selama dua minggu di London sebelum dia ditawarkan bekerja.
Bekerja sebagai tukang masak. Kebanyakan masanya dia berada di dapur atau berada di bilik kecilnya yang disediakan oleh pihak majikan. Hati kecilnya sentiasa dibuai dengan kebimbangan ditangkap. Dia sudah nekad, kalau dia ditangkap terus balik ke tanah air. Dia bernasib baik, dapat bertahan selama lima tahun setengah di London.
Berhibur
Majikannya seorang Vietnam, pemastautin tetap British. Sudah menjadi kebiasaan orang Vietnam atau orang Hong Kong mengusahakan restoran di London atau di merata-rata tempat di United Kingdom. Dia lebih suka bekerja di luar kota raya London. Kerjanya bermula dari pukul 3 petang dan berakhir pada 10.30 malam.
Pada hari Isnin, Lee Leong akan dapat cuti rehat. Dia akan ke China Town London. Di kawasan Soho dia membeli-belah, makan-makan, berhibur atau pergi ke Oxford Street membuat window shopping. Selama lima tahun setengah, saban minggu, Soho menjadi tempat kunjungannya. Pondok Pagoda di China Town itu menjadi tempat kesukaannya untuk duduk-duduk. Memandang suasana sekelilingnya.
Nasibnya bertuah, lima tahun setengah di London tidak pernah dia ditahan oleh pihak polis atau pihak Imigresen British. Mungkin dia tidak suka merayau sangat. Dia hanya berkubang di kawasan London sahaja. Walaupun dia bekerja di sebuah pekan yang agak jauh dari London.
Papan jadual ketibaan dan berlepas berpusar ligat mengembalikan ingatan Lee Leong seketika. Dia kini berada di Lapangan Terbang Heathrow bukan di Soho lagi. Empat puluh minit lagi, kapal terbang Mas akan berlepas ke Malaysia.
Darah gemuruhnya bertambah kencang. Apa akan jadi kepadanya kelak apabila berhadapan dengan pegawai Imigresen London? Perasaan kebimbangan yang tidak dapat dikawal. Apa akan jadi kepadanya? Ditahan, dilokap atau sebagainya. Perasaan ini menyeksa memuncak dalam diri Lee Leong. Segala pemandangan indah yang berada di lapangan terbang itu tidak membawa erti kepadanya.
Jahanam saya kali ini, bentak fikirannya. Dahulu, saya boleh lepas sebab saya memasuki secara sah dan terus menghilang. Keadaan kini berlainan sekali. Bila-bila masa sahaja, dia akan ditahan dan dipenjarakan. Tidak seorang yang boleh memahami perasaan kebimbangan pada masa itu. Bara kebimbangan sentiasa memuncak, saat demi saat sekarang. Perutnya rasa memulas hendak ke tandas. Perasaan takut berbuai cita rasa tersebut. Pemandangan sekeliling seperti mengejek-ejek dirinya. Dahulu terlepas bukan bererti kali ini, engkau akan selamat. Apa salah saya? Saya hanya mencari sesuap nasi dan seteguk air. Keringat mengalir baru upah dibayar.
Ini tanah air orang lain. Engkau tidak berhak di sini. Merampas hak orang bekerja? Saya dilamar untuk bekerja. Betulkah? Awak cari fasal. Mereka memerlukan tenaga saya. Mereka memeras tenaga tubuh saya, baru saya dibayar. Salahkah saya membuat demikian? Dia menyapu keningnya. Dengan tidak sengaja, dia terasa keras tapak tangan. Cuba engkau tengok, berapa keras tapak tangan saya? Ya. Saya berasa bangga dapat rezeki halal bukan dengan menggunakan tipu muslihat. Itu pun salahkah?
Kebimbangan tetap ada. Lebih memuncak kini. Masa berlaku mendekati diri ke jurang maut. Laluan maut itu harus ditempuhnya seketika lagi. Tiga puluh minit lagi. Kini masa terakhir dia terpaksa check-in. Gadis di kaunter pemeriksaan tiket begitu mesra untuk menolong. Dia tidak membawa banyak barangan. Dia sedar membawa banyak barangan akan menyusahkan dirinya. Laluan ke kaunter imigresen sudah tiba. Ruang maut menjelma di hadapan. Ini yang ditakuti kerana laluan itu, terpaksa dilalui untuk balik ke tanah air tercinta.
Di hadapan Lee Leong, dua pegawai imigresen tercegat. Seorang lelaki dan seorang wanita. Wajah mereka tanpa senyuman. Lee Leong menyerahkan pasportnya kepada pegawai lelaki itu. Beliau membelek-belek pasport dan membuka lembar demi lembar daun pasport berkenaan. Kemudian pegawai itu bersuara:
``Follow me,'' perintah pegawai itu.
Lee Leong dapat kesan ada sesuatu yang tidak kena pada pasportnya. Dia masih membatu di tempatnya berdiri, tanpa menghiraukan arahan pegawai berkenaan. Dia buat-buat tidak memahami arahan daripada pegawai berkenaan. Itu helahnya.
``What! What! What!'' menjawab Lee Leong seolah-olah tidak mengerti arahan yang disuruh oleh pegawai itu.
Pegawai itu melambaikan tangannya bagi menyuruh Lee Leong mengikutinya. Kali ini dia terpaksa. Dia diperintah memasuki bilik tidak jauh dari tepat itu. Dia dipersilakan duduk.
Apabila Lee Leong telah duduk, pegawai itu berkata:
``You have been in London more then five years. Tell me now where have you been?'' Desak pegawai itu.
``What? What? What?'' Lee Leong cuba mencari helah untuk melepaskan diri.
``I guess you have working in London for the past five years. Don't tell me you don't know. Don't pretend!'' Bentak pegawai itu dengan suara yang meninggi.
``I know you understand English. So please tell me now, where have you been?'' perintah pegawai itu lagi.
``I can detain you, you know that. If you reluctantly to tell me the truth!'' pegawai itu naik berang kerana Lee Leong masih membatu dan masih enggan memberitahu dan tanpa mempedulikan soalan-soalan yang dikemukakan.
Jam tangan pegawai berkenaan menunjukkan 20 minit lagi kapal terbang akan berlepas.
``Fill in this form!'' pegawai itu menyerahkan sekeping borang kepada Lee Leong apabila dilihat Lee Leong enggan memberi kerjasama. Lee Leong seolah-olah mengikut perintah pegawai itu. Dia sudah bosan dan juga didesak oleh kesuntukan masa. Dia fikir pancingnya telah mengena.
Dia sudah nekad, apa akan terjadi. Biarlah. Selama enam tahun ini pun dia menderita. Biarlah tindakan diambil. Borang itu memintanya mengisi butiran peribadi. Dengan secara kilat diisi borang berkenaan dan diserahkan semula borang itu kepada pegawai berkenaan. Secara kilat juga pegawai itu mengecap pasportnya dan kembali kepadanya.
``You can go now. Please remember, my people and the Malaysian Imigration officers will be waiting for you at KLIA,'' ujar pegawai itu.
Lee Leong tidak mengambil endah percakapan pegawai itu. Dia mengambil pasportnya dengan segera. Dia berlari macam kilat menuju ke pintu masuk kapal terbang. Pramugari telah menunggu di tangga, keratan tiket diambil dan mempersilakan dia duduk.
Dia meletakkan beg bimbitnya di atas dek di tempat duduk, lalu duduk. Empat belas jam lagi dia akan menghadapi dugaan. Sepanjang penerbangan, dia tidur untuk menghilangkan kebimbangan bakal dihadapi. Bila dia sedar, kapal terbang telah berada di kawasan Langkawi. Kira-kira 45 minit lagi dia akan tiba di KLIA.
Sebentar lagi, Lee Leong akan kembali ke tanah air semula, selepas meninggalkannya selama enam tahun. Sudah tentu banyak pembangunan telah berlaku di Malaysia. Dia membaca berita pembangunan Malaysia melalui surat khabar keluaran Hong Kong. Dia selalu membelinya di China Town, London.
Kapal terbang menghampiri Nilai. Kebimbangannya memuncak semula, dia akan ditangkap. Mereka akan menahannya. Dia akan disoal siasat. Pernah dia mendengar daripada orang-orang Malaysia yang datang ke London, perantau yang meninggalkan Malaysia terlalu lama dan bekerja di tempat orang dan bila balik ke Malaysia, mereka akan ditahan dan disoal siasat dan pasportnya dirampas.
Dia tidak khuatir kalau pasportnya sahaja yang dirampas tetapi bukan dia ditahan. Dia juga sedar nasib puluhan ribu rakyat Malaysia di luar negara mencari nafkah dan tinggal di negara orang secara tidak sah seperti dirinya. Lee Leong yakin penuh watan tercinta tidak akan menahannya.
Itu hanya cerita yang diada-adakan. Dia tidak percaya langsung cerita mereka itu. Dia tidak melakukan sebarang perkara jenayah, mengapa pula dia harus ditahan?
Tepat pukul 7 pagi, MH001 tiba di KLIA. Pengumuman ketibaan kapal terbang dilakukan oleh kapten. Berat bagi Lee Leong untuk turun dari perut kapal terbang. Dia seolah-olah tidak mahu turun. Kuasa tarikan penumpang yang berpusu-pusu hendak keluar menggerakkan Lee Leong dari tempat duduk. Dia lalu mengambil bag bimbit dan menuruti penumpang-penumpang lain turun dari kapal terbang.
Dia nekad apa akan terjadi, biarlah masa yang akan menentukan. Salah apa saya perlu ditangkap. Saya bukan penjenayah perlu ditahan. Dia sedia menerima apa akibatnya. Bas sedia menunggu membawa mereka ke pintu masuk ke kaunter pemeriksaan imigresen.
Seorang demi seorang penumpang beratur untuk melalui kaunter pemeriksaan pihak imigresen. Langkah Lee Leong begitu berat untuk dihayun ke hadapan tetapi terpaksa dia langkahi setapak demi setapak, akhrinya sampai gilirannya berhadapan dengan kaunter pemeriksaan imigresen.
Jantung Lee Leong berdenyut pantas semasa dia menyerahkan pasportnya kepada pegawai imigresen yang kelihatan tersenyum. Pegawai itu membelek-belak pasportnya dan membuka lebar demi lebar. Kemudian didapati pegawai itu mengecap pasportnya. Lee Leong memerhati ke sekeliling, tidak ada pegawai Imigresen British menunggunya. Tidak ada orang asing menunggu ketibaannya.
Kedengaran suara, ``Selamat balik ke Malaysia,'' ucapan daripada ibu bapa dan saudara-maranya yang sedang menunggu di pintu keluar KLIA. Cahaya sinaran pagi begitu cerah dan ceria. Kepulangan anak watan yang ingin membaiki dirinya untuk masa muka yang mendatang diterima oleh sang suria dengan suluhan cahaya yang terang-benderang.

Khamis, 14 Jun 2007

MASALAH SETINGGAN DI MALAYSIA 8

MASALAH SETINGGAN DI MALAYSIA:
PENDEKATAN MENGATASINYA

Masalah setinggan sudah lama wujud di negara ini. Banyak pendekatan digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun masalah ini masih dianggap boleh dibendung tetapi sukar dihapuskan sama sekali terutama dalam tempoh kita menghadapi abad ke-21 ini. Tumpuan artikel ini mencadangkan pendekatatan bagi penyelesaian masalah setinggan di Malaysia. Tumpuan juga hanya kepada idea-idea dan tindakan yang perlu diambil tanpa banyak menyentuh hal-hal lain mengenai setinggan.

Untuk mengatasi masalah setinggan, langkah pertama yang wajar dijalankan ialah satu unit khas dipanggil Unit Penyelidikan Sosioekonomi perlu diwujudkan untuk tujuan tersebut. Unit tersebut harus mempunyai tenaga pakar dalam bidang penyelidikan, ilmu ekonomi , statistik dan sebagainya untuk menjayakan masalah setinggan. Unit ini akan diminta untuk menganalisis semua aspek mengenai setinggan di negara ini, di samping menjalankan kajian tentang peranan yang sebenar yang boleh dimainkan oleh agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun serta pihak swasta tertentu dalam menangani masalah setinggan. Tanpa mempunyai pakar ekonomi ditempatkan di Unit berkenaan agak sukar unit itu untuk menjalankan tugas yang amat berat dan mencabar itu. Kalau para pengurusan unit itu hanya terdiri daripada ‘generalists’ maka unit itu pada akhirnya akan menjadi sebuah pejabat pentadbiran sahaja bukan menjadi ‘think tank’ kepada Kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan. Perhatian harus diberi kepada masalah tersebut. Unit ini harus diberi kuasa untuk terus mengemukakan cadangannya kepada YAB Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar. Ini supaya pelaksanaan suatu program-program tindakan dapat dijalankan dengan cepat, tepat dan berkesan.

Dengan wujudnya satu Unit khusus serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, pihak berkuasa akan dapat meneliti masalah yang sebenar yang dihadapi oleh setinggan menjelang abad ke-21 ini. Pada permulaan, perancangan lima tahun pertama dijalankan, selepas itu perancangan bertindak yang lebih mantap dijalankan.

Unit ini juga harus dibebankan dengan tugas untuk memperolehi data yang lengkap serta terkini mengenai setinggan di negara ini. Satu kajian menyeluruh mengenai setinggan harus dijalankan oleh unit berkenaan. Ia bertujuan untuk mengenal pasti taraf sosioekonomi dan latarbelakang setinggan di negara ini. Dengan data kajian berkenaan, pihak berkuasa dapat membuat perancangan yang lebih teratur untuk mengatasi masalah setinggan sebenar. Dalam dunia moden ini, kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu tanpa mempunyai maklumat yang lengkap serta terkini mengenai masalah berkenaan. Lazimanya kita menghadapi masalah memperolehi data yang terbaru. Masalah ini timbul disebabkan kekurangan pakar, data yang sepatutnya diperolehi dalam masa singkat terpaksa diperolehi dalam masa yang agak lama. Ini menggagalkan usaha kita. Kita harus memastikan unit yang bakal ditubuhkan tidak menghadapi masalah yang disebutkan itu. Di dalam perpustakaan unit berkenaan harus dilengkapkan dengan buku-buku, laporan-laporan, tulisan-tulisan dan bahan-bahn yang terkini mengenai setinggan di Malaysia dan dunia. Ini bagi memudahkan para pakar membuat unjuran atau cadangan dan mengemukakan pelan bertindak yang lebih teratur untuk mengatasi masalah setinggan yang menghimpit negara kita menjelang abad ke-21 ini.

Sebagai sebuah negara membangun, peranan Kerajaaan amat penting. Dengan usaha Kerajaan yang gigih, sesuatu program dan rancangan itu dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat. Pemimpin kita diakui mempunyai visi yang amat bernas untuk mengatasi masalah yang menghimpit negara kita. Pemimpin negara mempunyai kuasa untuk menjayakan sesuatu rancangan untuk kepentingan rakyat. Dalam keadaan tersebut, peranan yang boleh dimainkan oleh ahli politik memang begitu besar. Ini selaras dengan matlamat Unit itu ditugaskan untuk memperolehi idea-idea bernas mengenai penyelesaian masalah setinggan di samping negara kita mempunyai golongan pegawai pentadbiran yang cekap dan efesen untuk menjalankan tangggungjawab mereka dengan sebaik-baik yang mungkin.

Ahli politik selain boleh memainkan peranan yang agressif sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing, mereka juga boleh mengemukakan idea dan cadangan yang bernas bagi mengatasi masalah setinggan. Ini disebabkan sebagai seorng ahli politik beliau sentiasa bergaul rapat dengah ahli-ahlinya. Ada di kalangan ahli mereka adalah terdiri daripada setinggan. Masalah mereka lebih diketahui oleh ahli politik sendiri. Usaha kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan cepat boleh diselesaikan dengan kehadiran dan bantuan ahli politik. Mereka juga boleh mempengaruhi para setinggan di mana mereka itu adalah penyokong kuatnya dengan memberitahu bahawa dalam perjalanan pembangunan negara, sudah tentu ada pihak akan mendapat keuntungan, tetapi tidak kurang jua terpaksa berkorban untuk kepentingan negara, bangsa dan agama. Dalam keadaan demikian, peranan yang boleh dimainkan oleh ahli politik begitu penting. Penyokong mereka memang penting tetapi kepentingan masyarakat harus diberi perhatian yang mendalam. Sekiranya ada berlaku konflik kepentingan diri timbul, kepentingan negera dan kepentingan majoriti masyarakat harus diutamakan. Dengan cara demikian, barulah masalah setinggan yang merupakan salah isu negara boleh diatasi.

Masalah setinggan lebih banyak melibatkan Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan, termasuk juga Pejabat Tanah. Oleh itu untuk menyelesaikan masalah setinggan pihak Kerajaan Negeri perlu bersikap terbuka untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal tersebut, pihak berkuasa tempatan dan negeri harus menguatkuasakan undang-undang tanah semolek-molek yang boleh. Penggunaan tanah terbiar , tanah lombong, tanah pinggir sepenuh-penuhnya untuk mendirikan rumah-rumah kos rendah dan rumah pangsa untuk menyediakan satu kawasan tempat tinggal yang murah dan selesa untuk kepentingan setinggan.

Syarikat-syarikat perumahan Kerajaan harus diminta hanya membina rumah kos rendah dan rumah kos sederhana sahaja. Pihak Kerajaan harus memperuntukkan satu peruntukan yang besar untuk mendirikan rumah pangsa yang murah untuk dibeli atau disewa oleh setinggan. Lazimnya kita dapati syarikat-syarikat perumahan Kerajaan negeri lebih berminat berlumba-lumba dengan pihak swasta mendirikan rumah berkos tinggi. Pihak pemaju swasta wajib diberi tanggungjawab mendirikan rumah untuk golongan menengah dan golongan kaya.

Satu langkah yang dikira berkesan pernah dijalankan oleh Kerajaan ialah mengenai syarat/sekatan mengenai pembelian rumah. Mereka yang telah memiliki rumah tidak dibenarkan memiliki rumah yang kedua. Langkah ini memang bijak. Ia bukan sahaja menyekat harga rumah dari melambung tinggi di samping memberi peluang kepada lebih ramai para setinggan membeli atau menyewa rumah Kerajaan. Penyekatan ini sepatutnya diteruskan untuk kepentingan banyak pihak. Dengan cara ini, peluang yang terbuka itu dapat diraih oleh mereka yang berpendapatan rendah. Bukan pihak yang berada sahaja diberi peluang untuk menikmati sebanyak rumah yang mereka mampu beli. Dalam keadaan harga rumah tinggi, bilangan rumah terhad, pihak setinggan sudah tentu tidak mampu untuk memiliki atau menyewa rumah. Berhadapan keadaan demikian, jalan keluar bagi setinggan ialah dengan sengaja menerokai tanah Kerajaan secara haram untuk mendirikan pondok mereka. Mereka juga seperti kita juga memerlukan tempat tingggal yang selesa untuk tempat kediaman anak-anak mereka.

Untuk mengatasi masalah setinggan,mereka harus diberi peluang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan mereka. Kalau pendapatan mereka masih kekal ditakok lama, selama itu mereka menjadi setinggan. Pihak berkuasa harus menjalankan usaha untuk membantu setingggan di dalam bidang kemahiran yang mana setinggan mempunyai potensi untuk berkembang maju. di samping itu, mereka yang mempunyai pengalaman tertentumereka boleh dilibatkan dalam bidang peerniagaan tertentu. Satu institusi kewangan harus dilantik untuk memberi pinjaman kepada ahli anggota keluarga setinggan untuk mengusahakan sesuatu projek atau perniagaan yang boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka. Mereka juga mesti diberi rangsangan bagi mengubahkan sikap mereka untuk mencari peluang-peluang baru yang boleh menambahkan pendapatan mereka sepanjang masa.

Usaha Kerajaan yang teratur untuk memindahkan setinggan juga harus dialu-alukan serta dijalankan. Pemindahan mereka ke sesuatu kawasan penempatan yang baru boleh mengubahkan taraf hidup dan sikap mereka. Pengubahan sikap membuahkan peningkatan taraf hidup mereka masing-masing. Pemindahan ke satu kawasan penempatan baru membolehkan mereka dapat mendiami di kawasan yang lebih teratur dan sempurna. Di samping itu, pihak berkuasa perlu menyediakan projek khas untuk mereka usahakan bagi menambahkan pendapatan yang lebih. Kawasan penempatan baru juga akan disediakan kemudahan-kemudahan asas seperti api, air, jalan-lain dan lain-lain. Anak-anak mereka juga akan akan mendapat persekolahan yang lebih baik. Ini akan memberi peluang mobiliti yang lebih kepada mereka. Penempatan baru juga akan menyelesaikan banyak masalah. Satu daripadanya ialah masalah jenayah di kawasan setinggan. Penempatan baru akan memberi peluang kepada pihak berkuasa mengawal dan membenteras penyakit sosial di kawasan berkenaan.

Masalah setinggan merupakan satu masalah negera yang berterusan. ia memerlukan pengorbanan banyak pihak. Jumlah setinggan bertambah tahun demi tabun. Jumlah tanah yang ada terhad, di samping, kejadian malapetaka, hakisan tanah dan sebagainya juga memburukkan keadaan serta menyekang peluang setinggan mempunyai rumah sendiri.


Pembangunan yang tidak seimbang di antara negeri-negeri di Malaysia merupakan satu faktor juga mewujudkan setinggan. Bandar besar sudah sesak, disesakkan lagi dengan masalah setinggan. Semua negeri berebut-rebut bagi pembangunan yang sama. Begitu juga pelabur lebih berminat melabur di kawasan tertentu. Arah aliran ini perlu diubah.

Masalah pendatang tanpa izin juga kritikal. Kebanyakan mereka juga menjadi setinggan di negara kita ini. Undang-undang yang lebih ketat harus dikenakan ke atas mereka. Pihak majikan mereka harus bertanggungjawab tentang kediaman mereka. Ketegasan seperti itu harus ada.

Penguruangan masalah setinggan akan ketara dirasai apabila pendapatan setinggan sudah meningkat di samping pihak berkuasa sudah berkemampuan menyediakan tempat kediaman untuk kebanyakan setinggan di negara ini untuk membeli atau menyewa rumah. Kewujudan satu unit khusus seperti, “Unit Penyelidikan Sosioekonomi” pula akan dapat menangani masalah setinggan di negara ini. Unit tersebut akan menjadi think tank kepada Kerajaan dalam hal tersebut.

PUSARA NENEK 7

PUSARA NENEK

Pusara nenek Lee Leong perlu digali semula. Ibu, Pak Ngah dan Pak Cik gusar sekiranya benar seperti yang dihebohkan itu. Kesahihan berita membawa padah buat kali kedua untuk keluarga Lee Leong. Mereka tidak suka mengulangi kisah lama. Biarlah nenek bersemadi selama-lama di tanah perkuburan Tionghoa Telok Belaga yang telah dilakukan semenjak 25 tahun yang lalu.

Nenek meninggal dunia tanpa wasiat; cara mana dia harus dikebumikan.
“Apa disusah-susahkan. Ikut tradisi, jenazah dikebumikan. Mengapa harus diadakan cara-cara yang lain pula? Mengada-ada !!! Tradisi tidak boleh diubah.” Bentak ayah Lee Leong apabila perbincangan adik beradik diadakan mengenai penentuan cara pengebumian nenek Lee Leong.

“Saya juga tidak suka heboh-heboh. Kita cari jalan singkat. Mayat orang Tionghoa boleh dibakar. Apa salah kita bakar sahaja. Ibupun tidak meninggalkan wasiat. Jadi kita patut ambil keputusan, bakar. Senang sahaja. Mengapa harus disusah-susahkan ? “Jerkah Pak Ngah cuba menguatkan hujah-hujahnya.

“Kamu semua hendak mencari jalan mudah. bakar. Saya tahu bakar mudah. Tapi…”
“Apa ?” Pak Ngah cuba mendapat kepastian langsung daripada ayah Lee Leong yang kelihatan sugul, termenung untuk mencari jalan keluar.
“Saya tidak suka mayat ibu dibakar. Tidak boleh dibakar. Ibu perlu dikebumikan. Hari-hari Cheng Beng, kita dapat menziarahi kubur ibu. Seperti juga keluarga Tionghoa yang lain pergi bersembahyang di pusara ibu bapa mereka.”
“Wajib” Ayah meluahkan pendapatnya bersungguh-sungguh dengan nadi tinggi untuk menyatakan perasaan kesetiaannya kepada ibunya, nenek Lee Leong.
“Apa pasal kita harus ikut orang. Bukankah banyak di antara orang Tionghoa membakar mayat ibu mereka. Mereka tidak hirau pandangan orang lain. Anggota masyarakat layak membuat keputusan daripada pandangan mereka. Kecuali ia melanggari norma dan peraturan masyarakat. Kita juga harus begitu. Di sini tiada sesuatu undang-undang menyekat kita berbuat begitu.” Pak Ngah cuba meyakini ayah mengapa dia lebih suka mayat ibunya dibakar sahaja.

Ayah tetap berdegil mahu jenayah ibunya, nenek Lee Leong itu dikebumikan seperti ayahnya Lee Tong disemadikan di perkuburan Tionghoa Telok Belaga bukan dibakar. Membakar bererti melawan tradisi keluarga. Bercanggah dengan adat istiadat keluarga. Mencemar nama baik keluarga Lee. Anak mesti patuh pada adat. Anak harus patuh pula pada tradisi orang Tionghoa. Dia tidak suka ubah hanya untuk meringkaskan upacara.
Ayah Lee Leong sedar, adiknya sejak balik dari luar negeri, tindakanya suka akan yang lebih ringkas. Lebih ringkas lebih baik. Ayah Lee Leong pula, pegangnya berlainan bukan yang ringkas, yang penting adat dan tradisi.

“Bila diambil keputusan dibakar mayat ibu, ini bukan bererti kita sudah lupa akan adat. Tidak begitu. Mungkin lebih elok. Sebab kita boleh hantar abu mayat ibu ke tokong. Di sana, abu mayat ibu disemadikan. Ibu disembahyangkan selalu oleh pihak tokong. Kita hanya diminta membayar sedikit wang yuran penyelenggaraan tahunan. Kita mampu membayarnya. Kita masih dapat ‘melawat’ ibu. Lee Leong juga masih boleh melawat neneknya dengan berkunjung ke tokong untuk sembahyang. Semua ahli keluarga boleh datang bersembahyang bila-bila masa sahaja. Tanpa ada sebarang halang. Tanpa mesti menunggu menjelang hari-hari Cheng Beng. Hari sembahyang Arwah.”

“Kalau dikebumikan, hanya hari-hari Cheng Beng sahaja kita hanya boleh pergi mengunjungi pusara ibu. Hari lain, orang Tionghoa tidak akan berkunjung ke pusaka ibu mereka.” Pak Ngah cuba menengahkan pandangannya untuk menarik perhatian ayah Lee Leong yang masih degil mempertahankan pandangannya.

“Saya tidak perduli. Saya abang Long. Saya ada kuasa veto. Saya ketua keluarga. Apabila saya kata, ibu harus dikebumikan. Tidak ada tolak ansur. Ini masalah adat. Adat tidak ada tolak ansur. Anggota Keluarga Lee tidak pernah dibakar. Hendak ikut atau tidak, terpulang masing-masing. Kita sedar dalam masyarakat Tionghoa tidak ada kitab suci mengawal kita dalam hal seperti ini. Kita melakukan sesuatu tindakan mengikut pandangan masing-masing. Dan pandangan keluaga masing-masing. Dalam hal ibu ini, saya masih mendesak supaya kita ikut tradisi keluarga kita. Ibu dikebumikan di pusara sebelah ayah. Tidak perlu ada banyak soal jawab lagi. “Tegas ayah Lee Leong kepada adik-adiknya dengan keputusan yang mutamad.

Kini sebatang jalan harus dibina melintasi atas pusara nenek Lee Leong. Pusara nenek harus digali dan memungut tulang-tulang yang baki untuk dipindah dan ditanam semula dalam satu tanah perkuburan yang lain. Pak Ngah Lee Leong benci membuat kerja-kerja tersebut. Kini kewajipan dan kuasanya lain. Dia harus menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga Lee. Ayahnya telah tiada. Ibunya juga tidak ada. Abangnya, ayah Lee Leong juga tidak ada lagi.

“Saya datang untuk menyampaikan hajat Kerajaan melalui Pejabat Tanah. Mereka memilih saya untuk menyampaikan mesej.” Kata Tan Long, Tok Penghulu, Kampung Telok Belaga.
“Dahulu lagi, saya telah beritahu ayah Lee Leong supaya jenazah ibu, dibakar sahaja. Kini masalah seperti ini tidak timbul lagi.”Ujar Lee Chong kepada Tok Penghulu

“Mengapa Tok Penghulu tidak berjumpa dengan emak Lee Leong sahaja. Mereka yang dahulu berkeras hendak mengebumikan arwah ibu. Padahal saya hendak jenazah ibu saya dibakar. Masalah kini gali menggali tidak timbul lagi.” Kata Lee Chong.

“Itu kisah lama. Jangan diungkit-ungkit lagi. Arwah Abangmu, Ayah Lee Leongpun telah meninggal beberapa tahun yang lalu. Isterinya, kakak iparmu seorang perempuan. Tarafnya sudah tentu lebih rendah daripada kamu. Lagipun, kakak iparmupun seperti engkau juga. Tidak terdaya melawan keputusan suaminya. Abang kamu. Kalau tidakpun, kamu kena pindah tulang-tulang ayah kamu yang ditempat di sebelah pusara ibumu itu.”

“Engkau lelaki. Harus jadi ketua keluarga Lee. Dan kubur ayahmu pun terlibat. Jadi engkaupun diminta menguruskan masalah tersebut.” Tegas Tok Penghulu.

“Jangan engkau berdolak dalik lagi. Ini tanggungjawab anak lelaki. Ini masalah ayah dan ibu kamu. Tanggungjasab ini besar bukan main-main. Kalau arwah abangmu masih ada. Tugas ini sudah tentu dikerjakan oleh abangmu tanpa banyak bicara. Menurut orang Tionghoa, peranan anak lelaki itu amat penting. Kita bukan orang Barat.”

“Tapi…”
“Tapi ? Apa ?” Tanya Tok Penghulu.
“Tapi saya sudah lama tidak mengerjakan kewajipan saya sebagai seorang anak. Tidak pernah saya menziarahi kubur ibu bapa pada hari-hari Cheng Beng. Perkara ini berlaku semenjak ibu saya meninggal dunia dahulu.” Suara sayu terkeluar daripada mulut Lee Chong membawa nada kesal.
“Tidak bolehkah pihak Tok Penghulu saja mengerjakan upacara itu. Saya yang mewakili keluarga Lee memberi persetujuan total. Duit ganti rugi dari Kerajaan itu, Tok Penghulu gunakan untuk kos pembelanjaaan penyelenggaraan upacara itu. Kalau ada lebih, sedekahlah kepada tokong.” Lee Chong meminta pertolongan daripada Ketua Kampung.

“Tidak elok buat begitu. Kedua-dua arwah, masih ada anak dan cucunya. Menggali kubur, memungut tulang-tulang dikatakan mengutip emas (cap kam) , anak arwah harus hadir. Kecuali mereka tidak ada lagi. Tidak wajar buat begitu. Engkau dianggap ketua keluarga mereka. Engkau jangan mengelak dari melakukan pekerjaan yang murni ini. Ini melibatkan ayah dan ibu kamu. Ini melibatkan fungsui keluarga kamu. Ini melibatkan kamu mencari satu tempat yang baik untuk menanam semula tulang-tulang arwah ibu dan ayah kamu.”

“Tapak pusara ibu dan ayah kamu nanti menetukan tuah keluarga kamu. Tanggungjawab ini sukar saya pikul. Saya orang luar bukan anggota keluarga Lee. Ini kamu harus faham sebagai seorang anak lelaki bangsa Tionghoa.”

“Perkara ini tidak perlu digesa-gesakan. Kerajaan hanya membina jalan pada akhir tahun. Engkau masih mempunyai masa untuk berfikir. Selaku ketua keluarga Lee, engkau harus memikirkan kemanfaatan keluargamu semua. Tanah pusara orantg tua memberi tuah sekira dipilih dengan bijak. Terpulang sama ada kau percaya atau tidak. Aku hanya sampaikan apa yang aku alami dan dengar. Berilah tempoh kepada dirimu untuk berfikir. Cheng Beng masih ada sebulan lagi untuk menjelang. Pergi sembahyang pusara arwah ibu bapamu. Minta restu mereka. Minta berkat mereka. Kemudian tentukan tarikh yang sesuai untuk menggali pusara kedua-dua orang tuamu itu.”

Tan Chong meninggalkan pejabat Lee Chong dengan membawa harapan cerah. Sekonyong-nyong hujan turun dengan lebatnya. Jeritan petir kedengaran dengan kuat. Tan Long berharap Lee Chong akan membuat keputusan yang bijaksama bukan selaku Tanggang yang menyesali perbuatannya.

PENEROKA 6

PENEROKA

Air Sungai Gombak dan Sungai Kelang mengalir lesu. Keadaan sekitarnya sudah banyak berubah. Dahulu banyak rumah atap tersergam, kini semua tiada lagi. Bangunan mencakar langit bercambah. Dasar sungai semakin cetek, dan lebarnya juga semakin mengecil. Pembangunan telah menghakiskan semua. Sungai Gombak dan Sungai Kelang ini pernah menjadi tempat mandian peneroka dan rakan kongsinya. Di sini dan kawasan sebelahanya, lombang bijih diteroka. Semua ini sudah tidak ada lagi. Kawasan ini telah dipenuhi dengan hutan rimba bangunan tidak bernyawa tetapi canggih. Air sungai kini lebih kotor. Warnanya seperti air sawah padi. Peneroka melihat beberapa orang pekerja sedang melepaskan Ikan talapia, jelawat dan udang ke dalam kedua-dua sungai itu.

Air Sungai Gombak yang mengalir lesu, menarik perhatian Peneroka melihat lebih lama lagi. Seketika seekor ikan talapia mendongak dayunya mengherup udara dan menyelam semula seolah-olah kelemasan. Sudah kira-kira lebih satu abad Peneroka tidak melihat lebih dekat Sungai Gombak. Padahal masa dahlulu kawasan pahlawan ini dan sekitarnya, peneroka yang menerbang, membersih, dan membangunannya. Banyak tanah lombang telah diusahakan.

Sekonyong-konyong peperangan di Selangor yang banyak menjejaskan pembangunan kawasan pahlawan ini jelas terbayang di pandangannya. Peneroka, Raja Abdullah juga telah banyak berkorban dan menyumbang jasa di atas pembukaan kawasan pahlawan ini. Disebabkan bencana perang, kawasan pahlawan ini telah menjadi rentung. Atas usaha peneroka, kawasan pahlawan mula berkembang. Peneroka mula sedar kini bahawa dia telah terlalu tua. Giginya dahulu tersusun rapi, kini telah terus menghilang. Yang masih cemerlang ialah mata dan telinganya. Sejak tahun 1886, peneroka telah boleh dianggap telah bersara, tidak mungkin melakukan sebarang penerokaan tanah lagi. Biarlah wira dan wirawati yang lain menerajui kembali kecemerlangan dirinya. Biarlah dia berehat untuk selama-lamanya. Negara yang tercinta ini memerlukan tenaga yang lebih muda untuk berjasa dan berkorban untuk membangunkan. Itulah kehendak alam yang semula jadi, yang muda akan menjadi tua, dan yang tua akan pergi selama-lamanya sama ada peneroka suka atau tidak putaran alam itu tidak mengizinkan sesiapa yang boleh menghalang hakikat tersebut. Jasanya yang adapun mungkin telah dilupakan oleh orang. Geranasi muda mungkin banyak yang tidak mengenalinya. Biarlah, peristiwa berlalu, biarlah ia berlalu. Satu hari nanti, jasa dan budi baiknya tetap akan dikenang serta terpahat dalam catatan lembaran sejarah agong kelak.

Tiba-tiba lampu-lampu di Menara kawasan pahlawan menjadi gelap. Mengapa eletrik tiada, soal peneroka ? Mungkin penjaga Menara tidak membayar bil eletrik. Mungkin lampu eletrik telah dipotong oleh pihak TEN. Mungkin masalah teknikal. Dari jauh di sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari Menara kawasan pahlawan, peneroka mendengar bunyi orang berbual-bual.
“Bagaimana keadaan saham pagi ini ? Mana satu boleh dibeli? Bagaimana Saham Tongkat Ali ? Ada harapankah untuk naik ?”
“Mungkin ! Harapan itu ada.”
“Tolong belikan saya sepuluh lot. Bayaran ikut biasa.”
Peneroka mengeluh. Zamannya tidak ada penjualan saham. Kalau ada dia mungkin sudah kaya raya sekarang. Dia peneroka. Perintis dalam semua peerkara dan bidang. Tidak kecuali dalam bidang pembelian saham. Peneroka tidak berkata-kata.
Aduan talian telefon terputus diterima. Peneroka mengarah pembantu Menteri datang ke Menara Pahlawan. Pembantu Menteri memberi penjelasan.
“Ada juga talian telefon yang kami potong sebab salah guna. Mereka menggunakan nama penganganggur untuk mendaftar. Apabila wang pendaftaran dibayar maka talian dipasang dan panggilan jauh dibuat. Tetapi talian itu disewa kepada orang lain. Lepas itu mereka tidak bayar langsung. Pihak kami terpaksa bertindak, memotong talian bagi memastikan penipuan seperti ini tidak berulang.”
Peneroka tergelak. Perkara ini tidak pernah berlaku pada zamannya. Mungkin zamannya tidak banyak menggunakan telefon untuk digunakan. Tidak banyak bisnes yang dijalankan. Tidak banyak transeksi yang dibuat. Tidak ada pendatang tanpa izin berada di sana.Oleh sebab itu penggunaan telefon sudah tertentu terhad. Lagi pun, pada zaman peneroka, keperluan seperti itu kurang, kalau adapun, dia akan berjumpa terus klien berkenaan untuk melakukan perniagaan. Mereka mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Tidak perlu pun membuat SMS. Peeneroka mendapati orang sekarang seolah-olah sukar atau malas bercakap. Mungkin juga bercakap itu akan mencederakan orang lain. Menfitnah, kata orang. Percakapan mereka dikhaskan orang-orang tertentu. Tulisanpun harus pendek-pendek. Tulisan yang panjang-panjang bererti banyak masa yang dibazirkan. Zaman ini orang sudah tidak mempunyai masa untuk membaca bagi memahami sesuatu yang sukar difahami. Semua orang sibuk, atau buat-buat sibuk.

Pandangan peneroka berlari ke jalan raya. Terdapat pelbagai jenis kenderaan lalu lalang. Buatan dari pelbagai negara. Peneroka melihat perangai gelojok pemandu zaman sains dan teknologi ini, mereka mahu cekap. Seolah-olah mereka mempunyai terlalu banyak kerja untuk dilakukan. Mereka sentiaa berebut-rebut ke hadapan. Kalau mereka terkebelakang sedikit tidak boleh. Aneh, pandangan peneroka. Kata orang, “Kia su” yang bererti takut kalah. Mereka sentiasa mahu ke hadapan dalam semua bidang. Dalam pemanduan keretapun begitu. Mereka sudah tidak dapat mengikut peraturan, berebut-rebut ke hadapan. Walaupun di hadapan hanya ada ruang yang kecil, mereka tidak kisah, kalau mereka boleh menyelitkan kereta mereka. Mereka menyelitkan kenderaan mereka. Potong memotong, perkara biasa, tanpa menghiraukan keadaan orang lain. Mereka perlu berada di kotak hadapan. Ini yang terjadi di jalan raya sekarang. Peneroka mengeluh, zaman sudah banyak berubah. Memang orang kini sudah jarang ingin mahu mengikut peraturan. Mana pergi pegangan etika mereka semasa berada di jalan raya. Tidakkah guru pemandu mereka lupa mengajar mereka supaya mematuhi etika jalan raya yang sebenarnya. Mengapa, mereka sudah lupa, bila berada di dalam perut kereta? Perkataan cepat yang tergambar di benak mereka.

Peneroka mengalih matanya untuk memandang ke bahagian Utara dari Menara pahlawan. Di sana ada sebuah bukit tinggi. Banyak juga kereta bertali arus ke sana. Di atas bukit itu, ada beberapa bangunan indah. Apa yang dibuat orang-orang itu ke sana, tanya peneroka? Mungkin Bukit Pertaruhan, teka Peneroka. Peneroka masih ingat, pertaruhan seperti ini juga tidak asing buat zamannya. Mungkin caranya sahaja berbeza. Zamannya dipanggil Chee Fah. Pertaruhan Chee Fah ini aneh jika dipandang oleh orang zaman sekarang. Cara pertaruhan ialah nombor yang bakal dianggap nombor pemenang atau dibuka digantung di atas pokok dalam satu kotak. Apabila masa tiba, kotak itu akan dibuka, mereka yang meneka nombor yang tepat akan menang. Sebelumnya, pembayang(clue) akan disebarkan kepada orang ramai untuk meneka nombor yang bakal menang. Kalau dapat meneka dengan betul, jumlah pertaruhan mereka akan dibayar tiga kali ganda. Mungkin apa yang dilakukan itu sama dengan apa yang berlaku di Bukit Pertaruhan, fikir Peneroka. Peneroka meramalkan bahawa setiap zaman ada sahaja cara sahaja orang mencari hiburan dan menjadi kaya. Zaman sahaja yang berubah. Kaedah sahaja berubah. Pendekatan sahaja yang berlainan. Matlamatnya masih sama. Manusia sahaja yang berlainan.walaupun kini mereka lebih terpelajar, hiburan dan mencari kesenangan tetap ada pada setiap zaman. Masa sahaja yang berlalu, mungkin manusia tidak mahu kelangsungannya. Biarlah usia sahaja bertambah. Biar bentuk, fizikal, mental berubah.
Peneroka memaling pandang ke sekeliling Menara. Tiba-tiba pandangnya terpaku kepada sederet kedai sebarang jalan. Terdapat beberapa buah kedai pertaruhan yang bermacam jenis. Para pengunjung berpusu-pusu seolah-olah membeli tiket wayang. Kini mereka leka untuk mencari rezeki cepat kaya. Sifat kerajinan dan kesungguhan bekerja sudah dilupai oleh anak cucu bangsanya. Peneroka menggelengkan kepala.Tabiat hendak cepat kaya, tetap berada pada setiap zaman, walaupun zaman peneroka telah berlalu, tetapi bentuknya masih berterusan.
Jamnya menunjukkan 5.30 petang. Pandanga peneroka terhala ke sebuah lereng bukit di bahagian Timur Menara. Sebuah kondominium 12 tingkat secara kilat menyembah bumi. Trajedi. Peneroka menarik nafas panjang. Tidak percaya matanya memandang. Nafasnya bertambah sesak. Peneroka mendapati manusia kini berasa bertuah dapat tinggal di kediaman yang tinggi-tinggi, jauh dari bumi. Zamannya tidak berlaku. Manusia zaman peneroka tidak pandai, tidak boleh meneroka terlalu jauh, sama ada di darat, laut dan udara. Manusia zaman peneroka lebih berpegang kepada tradisi, biar mati anak, jangan mati adat. Begitu kukuh pegangan orang dahulu, mereka memberi tumpuan perkara-perkara yang mengikut pandangan ramai. Biarlah semua mengikut peraturan dan berdisiplin. Semua kerja akan menjadi teratur, jika manusia boleh mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Dari jauh, peneroka mendengar ada suara menyatakan bahawa jambatan retak. “apa sudah jadi.” Kata peneroka. Pada zaman ini pun sudah berlalu banyak kerosakan dan kelemahan. Kini jambatan pula rosak. Apakah akan jadi pada kenderaan yang melalui di atas sudah tentu akan membawa banyak bahaya.” Kita perlu sekat. Kita perlu siasat semua ini,” desak sebilangan yang ada. Wang yang banyak telah dikeluarkan. Kita perlu menjaga kualiti. Kini kualiti dipertikai, mesti ada satu siasatan yang sewajarnya dijalankan. Kepala peneroka pening betul untuk memikirkannya. Sukar mentadbir negara zaman ini, terlalu banyak masalah. Tidak seperti zaman peneroka. Semua perkara berjalan begitu perlahan. Tidak banyak cabaran dan getiran. Semua berjalan mengikut landasan dan peraturan. Mengapa kini semua tidak kena. Apakah cara yang sewajarnya perlu dibuat untuk memastikan semua tidak terjadi.Otak peneroka tidak dapat menjangkau begitu jauh untuk difikirkan. Biarlah orang lain yang lebih bijak pandai memikirkan perkara-perkara itu.

Peneroka merasa badannya semakin ringan dan lemah, matanya bertambah kuyu dan kabur secara tiba-tiba badannya terpelanting jatuh ke bumi dari Menara pahlawan.

MAJLIS PERKAHWINAN MILAH 5

MAJLIS PERKAHWINAN MILAH

Berita Milah Paman hendak melangsungkan perkahwinan sudah heboh di Pejabat Tan Leong. Pegawai dan kakitangan di pejabat sudah tahu bahawa Milah, pembantu peribadi pengarah Tan Leong akan berkahwin tidak lama lagi. Sebagai salah seorang pegawai yang bekerja di bawah pengarah berkenaan, Tan Leong sudah tentu dijemput. Memang Tan Leong terlalu mesra dengan Milah memadai Tan Leong hanya dijemput secara lisan sahaja. Setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan sibuk menguruskan kutipan wang untuk disampaikan kepada pihak Milah. Jawatankuasa Kelab sibuk menguruskan pembelian alat-alat kegunaan rumah atas wang sumbangan pegawai dan kakitangan dan akan disampaikan kepada pihak mempelai. Wang hadiah dikutip lebih awal daripada setiap pegawai dan kakitangan.

Pada hari perkahwinan Milah, Tan Leong menunggu kawan sepejabatnya di rumah. Kawan sepejabat telah berjanji untuk menjemput Tan Leong di rumah. Kawan sepejabat datang ke rumah Tan Leong dengan keluarganya. Selepas itu, merekapun menaiki kereta menuju ke Kampung Badai. Sepanjang perjalanan dari rumah Tan Leong ke Kampung Badai, sibuklah mereka membicarakan tentang peribadi Milah. Tan Leong terlalu kenal dengan Milah. Milah peramah dan terlalu baik hati. Tan Leong terpaksa berurusan dengannya boleh dikatakan setiap hari. Ada masanya surat Tan Leongpun Milah yang taip. Jika ada masa boss naik angin, Milah akan awal-awal memberitahu Tan Leong dan pegawai-pegawai lain bahawa keadaan boss mereka “mendung”. Tan Leong dan pegawai lain pun tidak akan berjumpa dengan boss Milah pada hari tersebut. Begitu sifat dan sikap Milah yang Tan Leong kenal. Sifat ingin menolong kepada orang lain sentiasa tertanam di dalam sanubari Milah. Tan Leong selalu berkata bertuahlah bakal suami Milah. Akan berpanjangan rumahtangan mereka. Ada-ada sahaja cerita lucu dan menggembirakan mengenai Milah yang Tan Leong bualkan. Isteri kawan sepejabat Tan Leong itu hanya mendengar sahaja. Hanya sekali sekala beliau masuk campur dengan mengemukakan soalan seolah-olah ingin tahu. Kedua-dua anak lelaki mereka itu hanya bergurauan tanpa mereka memperdulikan perbualan orang tua mereka dengan Tan Leong. Selepas satu setengah jam berkereta, merekapun tiba di Kampung Badai.

Kereta kawan sepejabat itu membelok serta memasuki sebuah taman perumahan. Selepas taman perumahan itu, beliau membelok sekali ke kanan dan kiri pula lalu memasuki beberapa batang jalan yang kecil dan sempit. Selepas itu, apabila kereta tiba di sebuah selekoh mata Tan Leong tiba-tiba ternampak sebuah rumah papan sedang mengadakan majlis perkahwinan.

“Inilah rumah pengantin.” Jawab kawan sepejabat Tan Leong.

Tan Leong lihat banyak tetamu sedang menjamu selera. Muzik rancak berkumandang dengan kuat. Kawan sepejabat Tan itupun menghentikan keretanya kira-kira 20 meter selepas melewati rumah tersebut. Mereka turun dari kereta lalu menuju ke rumah tersebut.

Seorang tua yang mereka anggap ayah Milah selaku bapa mempelai datang mempelawa mereka ke satu bangsal di mana lauk pauk telah dihidang rapi di atas meja panjang, mereka lalu dipersila duduk dan makan. Disebabkan laparan, mereka makan dengan pelahapnya. Nasi dan lauk sentiasa ditambah. Tuan rumah melayan mereka dengan amat istimewa sekali. Mereka disuruh makan dengan sekenyang yang boleh. Mata Tan Leong sentiasa liar mencari di mana Milah berada. Mengapa Milah tidak menunjukkan mukanya? Mereka teringin pula mengucapkan tahniah kepada Milah kerana menjadi Raja Sehari.

Tan Leong memberanikan diri menanyakan hal tersebut kepada orang tua itu, jawabnya mempelai perempuan tidak ada di rumah, dia telah keluar. Dalam hati Tan Leong berasa berat, mengapa mempelai perempuan tidak ada di rumah? Apakan daya mempelai perempuan tidak ada. Kalau Milah ada, sudah tentu mereka terpaksa menjumpanya.

Selepas makan dengan kenyangnya, mereka meminta diri untuk pulang Mereka dibekalkan bunga telor seorang sebiji.

Mereka bertolak pulang. Di sebuah selekoh selepas melewati taman perumahan tersebut, mereka bersua dengan pengarah Milah. Beliau juga bertujuan berkunjung ke rumah Milah. Beliau menghentikan kereta lalu menanya khabar. Pengarah Milah memberitahu rumah Milah terletak di sebelah selatan taman perumahan berkenaan bukan di sebelah utara sepertimana yang Tan Leong dan kawan sepejabat kunjungi. Tan Leong memberitahu mereka telah pergi menghadiri majlis perkahwinan orang lain Mereka semua tergelak, “makan free mereka kali ini.” Kemudian kereta mereka beransur meninggalkan Kampung Badai dengan membawa seribu kesalan dan kenangan.

IKATAN KASIH MAMA 4

IKATAN KASIH MAMA


Kereta itu mempunyai sejarah manis. Begitu penting kereta itu untuk mereka sekeluarga. Warisan yang penting dikekalkan. Sudah bertahun-tahun kereta itu berjasa kepada anggota keluarganya. Oh! Kini ia sudah uzur. Semua orang akan tua dan kereta begitu juga. Uzur tidak bererti ia boleh diketepikan sepatutnya disayangi dan dikasihi.
Jelas terbayang sebelum isterinya menghembus nafas terakhir, dia telah berpesan jangan jual kereta itu. Kereta tersebut mempunyai nilai sejarah dan nilai kasih sayang mendalam dalam perjalanan hidup keluarga Mak. Kereta yang berwarna merah itu telah memberi semangat motivasi kepada mereka untuk menghadapi hari-hari muka yang mendatang. Penduduk di taman perumahan sekeliling rumahnya mendapati kereta itu telah terlalu tua untuk dipelihara dan digunakan. Ia perlu dijual.
Mak Yi merenungi keretanya yang tersadai di depan rumah. Perasaannya naik muak. Perasaan jemu tiba-tiba timbul. Jiran-jiran sebelah menyebelah turut mendesak. Beberapa kali mereka mendesak supaya Mak Yi menjual keretanya. Mak Yi mampu membeli kereta baru tetapi mengapa perlu menunggu?
Suara isterinya terngiang-ngiang di telinganya, mendesak jangan jual. Kereta itu masih elok digunakan untuk ke pejabat. Mak Yi teringat, pada Sambutan Tetamu Agong Negeri Matahari Ke Malaysia tempoh hari, kereta itu juga yang membawanya ke hulu dan ke hilir. Dan tidak pernah kereta itu meragam dan sentiasa memberi perkhidmatan yang baik. Mak Yi sahaja yang mengada-adakan cerita tentang keburukan kereta itu. Arwah isterinya menganggap kereta itu sebagai seorang suami yang telah berjasa begitu lama. Berpuluh-puluh tahun, kereta itu telah berkhidmat kepada keluarganya. Kini Mak Yi merungut di hadapan semua orang termasuk bosnya kelemahan kereta itu. Kononnya kereta itu banyak meragam sebab itu Mak Yi tidak dapat menyelesaikan banyak masalahnya di pejabat. Itu hujah Mak Yi semata-mata. Pada hakikatnya hujah itu tidak benar. Bohong semata-mata.
Mak Yi sengaja membawa cerita yang karut bagi menutup kelemahannya dengan melemparkan kesalahan itu kepada kereta. Kereta itu apalah? Ia tidak tahu apa-apa. Ia akan bergerak sekiranya dibubuh minyak. Ia akan bergerak, kalau enjinnya dijaga. Ya, ketika Tan Mooi masih hidup, arwah sentiasa memberi pujian kepada kereta itu. Kereta itu comel dan molek, kata arwah. Kekuatan pecutannya merangsangkan. Tetapi kini Mak Yi ada sahaja dalih dan helah untuk menjualnya.
Seorang lelaki memang cenderung kepada yang baru. Begitu juga seorang suami mengganggap isterinya yang telah tua sebagai nyanyuk. Untuk kereta pula dikatakan selalu membuat ragam. Kehendak alam, bila sudah tua, semua penyakit itu timbul, walaupun diberi jagaan yang rapi dan teratur. Tetapi apabila melewati had jangka hidupnya, masalah tetap ada. Tahun lepas, kereta Mak Yi masih dapat berjalan jauh. Mak Yi dapat menghadiri majlis perkahwinan anak bapa saudaranya. Ia tidak mati di tengah jalan dan masih bertenaga membawa keluarganya. “Air condition” keretanya masih baik. Selesa. Mengapa hendak dijual ?
“Kini persatuan tidak menjual polisi insurans untuk ahli-ahli lagi. Encik diminta membeli polisi insurans terus dari Syarikat Insurans Senja. Saya bagi pihak persatuan ingin memohon maaf tidak dapat membantu ahli membeli polisi insurans. Encik bolehlah ke Syarikat Insurans Senja membeli polisi insurans walaupun kereta encik telah melebihi 10 tahun.” Kata kerani Persatuan Automobil itu, pada satu pagi itu semasa Mak Yi pergi ke pejabat Persatuan Automobil itu.
“Tahun lepas bukankah persatuan masih menjual polisi insurans untuk kereta saya, mengapa tahun ini tidak boleh ? Bukankah persatuan mewakili dan melindungi ahli-ahlinya? Dan menjaga kebajikan kami. Kami membayar yuran untuk mendapat perkhidmatatan. Kini perkhidmatan itu telah ditarik balik. Tidak bergunalah kami menjadi ahli lagi?” Mak Yi melepaskan geramnya dengan nada yang tinggi seolah-olah meluahkan perasaan marahnya.
“Kami bukan tidak mahu menolong ahli membeli polisi insurans. Ini bukan dasar kami. Ini tidak bererti dasar kami telah berubah. Kami sentiasa menjaga kepentingan ahli-ahli kami termasuk encik. Tapi…”
“Tapi… Apa?” Bentak Mak Yi dengan perasaan marah untuk meminta jawapan segera.
“Encik harus sedar. Kami Persatuan Automobil bukan syarikat penjualan polisi insurans. Kami hanya menjadi wakil sahaja. Apabila pihak syarikat insurans memaklumkan mereka tidak lagi menjual polisi insurans untuk kereta yang melebihi 10 tahun, kami tidak boleh membantah. Itu hak mereka. Jadi kami terpaksa memberitahu ahli-ahli. Jika Encik tidak puashati, bolehlah rujuk perkara ini kepada Pengerusi persatuan. Atau merujuk hal ini kepada Bank Negera bahagian Insurans.”
“Kalau begitu, apa nasihat puan kepeda saya. Saya keliru.”Jawab Mak Yi dengan perasaan bimbang.
“Saya menasihatkan encik pergi ke pejabat Syarikat Insurans Senja. Beli terus. Kami pun membeli polisi insurans bagi pihak ahli-ahli dari syarikat tersebut. Encik boleh membuat pembelian polisi insurans terus daripada mereka.” Gadis itu menasihati Mak Yi buat begitu.
Mak Yi meninggalkan persatuan automobil itu terus menuju ke pejabat Syarikat Insurans Senja yang terletak tidak jauh dari pejabat persatuan. Pejabat insurans bertempat di tingkat empat sebuah bangunan di situ. Mak Yi berkejar ke sana. Dibawa bersama buku pendaftaran kereta, “covernote” tahun lepas yang dikeluarkan oleh syarikat polisi insurans itu. Kali ini sudah tentu dia akan menghadapi masalah. Dia bimbang kerana keretanya telah berusia melebihi 16 tahun. Kali ini pembeliannya sudah tentu ditolak. Jika penolakan berlaku, di mana hendak dicari syarikat polisi insurans yang lain. Dia sangat kuatir.Kalalu dia terbeli polisi insurans yang palsu. Pernah dia diberitahu, ada orang yang terdesak berbuat begitu. Membeli polisi insurans yang palsu. Mak Yi tidak akan membeli polisi insurans jenis itu. Dia lebih mementingkan kebajikan mangsa kemalangan. Kalau dia membeli polisi palsu sekira berlaku kemalangan sudah tentu dia mendapat susah.
Anak tangga simen itu dipanjat setapak demi setapak dan kakinya didapati berat untuk diangkat. Hatinya cukup marah sebab lif bangunan rosak. Malang. Masih banyak anak tangga lagi perlu dilangkahi baru untuk sampai ke pejabat insurans. Selepas 10 minit Mak Yik ternampak nama syarikat itu: SYARIKAT INSURANS SENJA. Sudah berlanggan bertahun-tahun, tidak pernah Mak Yi ke situ. Lazimnya Mak Yi membeli polisi insurans melalui Persatuan Automobil. Mereka yang membeli untuknya. Hari ini berlainan, Mak Yi sendiri membeli polisi insurans terus dari syarikat itu sendiri.
Mak Yi menguak daun pintu. Terbuka. Dia masuk ke dalam pejabat yang amat indah itu. Seorang gadis melebarkan senyuman apabila melihat Mak Yi muncul di depan kaunternya.
“Selamat pagi encik. Boleh saya tolong.” Kata gadis itu dengan nada manja.
“Saya hendak membeli polisi insurans kereta saya.” Jawab Mak Yi pendek.
Mak Yi menyerahkan buku pendaftaran kereta, “covernote” tahun lepas kepada gadis itu. Dia menyemak butiran kereta.
“Saya ini ahli Persatuan Automobil. Dahulu mereka membeli polisi insurans untuk saya. Tahun ini mereka suruh saya membeli terus dari syarikat.” terpacul keluar dari mulut Mak Yi memasa gadis itu sibuk membelek-belek dokumen-dokumen penting keretanya.
“Kereta encik ini telah melebihi 10 tahun,syarikat kami tidak boleh menjual insuran polisi untuk kereta yang berusia melebihi 10 tahun. Perkara ini telahpun kami maklumkan kepada pihak Persatuan Autombobil, bulan lepas. Mereka tidak hebahkan kepada ahli-ahlikah?” Gadis itu mengerutkan muka untuk mendapat jawapan daripada Mak Yi.
“Mereka tidakpun buat begitu. Sebaliknya saya baru keluar dari pejabat Persatuan Automobil. Mereka yang suruh saya datang ke mari. Mereka kata, walaupun kereta saya melebihi 10 tahun, pembelian polisi insurans masih boleh dibuat di sini.” Mak Yi cuba meyakinkan gadis itu.
“Dasar kami jelas, encik. Kami tidak dapat menjual polisi insurans kepada kereta yang melebihi melebihi 10 tahun.” Jelas gadis itu sebagai memberi keterangan kepada Mak Yi.
“Saya hendak berjumpa pengurus kamu !” Mak Yi meluahkan tujuannya dengan nada tinggi.
Gadis itu menurut kata. Diapun beredar ke dalam. Seketika kemudian muncul seorang lelaki pertengahan umur berjalan menuju ke tempat Mak Yi berada.
“Selamat pagi encik. Apakah yang boleh saya bantu?” Katanya dengan nada yang sopan.
“Sudah bertahun-tahun saya membeli polisi insurans dari syarikat tuan melalui Persatuan Automboil, tahun ini tidak boleh pula.” Jelas Mak Yi.
”Pihak persatuan kata saya masih boleh membaharui polisi insurans dari syarikat tuan.”
“ Mungkin ada sedikit salah faham di sini. Mungkin pihak pengurusan persatuan lewat memberitahu ahli.” Pengurus itu menambah.
“Tidak bolehkah tuan tolong saya buat kali ini.” Merayu Mak Yi.
“Tidak apalah , saya benarkan encik membeli untuk tahun ini sahaja. Secara ikhlas, saya hendak memberitahu encik, tahun hadapan permohonan encik tidak akan dilayan lagi. Encik fahamkah!” Pengurus itu menunjukkan simpati dan memberi amaran kepada Mak Yi yang kelihatan kebingungan.
Fikirannya tidak tenteram apabila melihat kereta yang tersadai di hadapan halaman rumah. Jual atau tidak jual, menjadi asas konflik di dalam jiwanya kini.
“Tahun hadapan tidak boleh lagi. Faham!!!” Kata-kata pengurus Syarikat Insurans itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Tahun hadapan, tak boleh!!!”
“Jangan jual ya, bang.” Terngiang-ngiang di telinga pendengaran Mak Yi pula; kata-kata dua orang yang berlainan kepentingan itu.
Mak Yi masih ingat lagi, mengapa kereta itu dibeli. Selama lima tahun arwah isterinya bertungkus lumus berniaga baju untuk mendapatkan wang sebanyak puluhan ribu ringgit untuk membeli kereta itu. Dia telah berjanji kepada Mak Yi bahawa mereka akan hanya mendirikan rumah tangga sebaik sahaja berupaya mengumpul wang untuk perkahwinan serta mempunyai cukup wang untuk membeli sebuah kereta baru yang sederhana besarnya. Apabila duit sebanyak itu telah dapat dikumpul, merekapun melangsungkan perkahwinan. Kereta itu telah mengukir sejarah tinta emas dan ikatan kasih teguh mereka berdua.
“Saya nampak ayah termenung sejak pagi. Jauh memikirkan sesuatu. Masalah apa begitu serius difikirkan ? “ Tegur Alice Mak, anak tunggulnya.
“Ayah sedang fikir sama ada hendak menjual atau tidak kereta itu ? “ Jawab Mak Yi selamba sahaja.
“Ayah, jual sahaja kereta itu.” Desak anaknya itu.
“ Jangan terlalu memikirkannya. Walaupun ia merupakan tali ikatan kasih ayah dan mama. Kereta ada had usia kegunaannya. Ada kala kita terpaksa juga berpisah dengan barang yang kita suka atau orang yang kita kasih. Macam mama, dia pergi jua, walaupun dia sayang akan ayah dan saya. Kita yang hidup ini, masih perlu menyambungkan sisa-sisa hidup yang ada. Ayah tidak boleh memakai kereta itu selama-lamanya. Ini kehendak alam, ayah. Yang tua harus beri laluan kepada yang muda. Tidak ada benda yang abadi selama-lamanya.” Nasihat Alice Mak kepada ayahnya.
“Biarlah ayah, fikirkannya dahulu. Mungkin ayah akan ke kubur mama pada musim Cheng Beng ini, yang akan berlaku tidak lama lagi. Akan ayah pohon restu daripada mama. Ini hartanya. Hasil keringatanya. Itu haknya, walaupun dia tidak ada lagi.” Kata Mak Yi dengan merenung tajam ke arah kereta berwarna merah yang tersadai di hadapan halaman rumahnya.

Perantau 3

PERANTAU

Lapangan Terbang Heathrow London pagi itu mendung. Semuanya mendesak. Serba serbi tidak kena. Denyutan nadi dan jantungnya bergerak pantas. Penumpang lalu lalang seolah-olah menyalahkannya. Lee Leong memperingatkan diri supaya tidak memperdulikan semua itu. Masih ada hari esok baginya. Jangan bimbang. Masih belum berlaku kecelakaan. Kebimbangan mencengkam diri. Hati kecil berkata, mungkin boleh sekiranya dicuba. Kelihatan penumpang seolah-olah tersenyum terhadapnya.

Enam tahun berlalu, dia tidak bertemu dengan ibu bapa dan sanak saudara. Mereka ditinggalkan. Mereka juga tidak tahu di mana dia tinggal. Sekali sekala dia menghantar duit. Dia seorang perantau, mengemis rezeki halal. Perantau menghadapi kesunyian, kesepian dengan suasana hidup yang baru. Menghadapi dunia yang baru, masyarakat Jerman. Negeri itu mirip menolak kedatangannya. Percubaannya di Jerman tidak berhasil. Dia terpaksa bungkus. Dia lari meninggalkan negeri Jerman. Peristiwa enam tahun yang lalu muncul tiba-tiba. Penderitaan yang memang menyeksakan. Kebimbangan dia ditangkap sentiasa wujud. Bila dia akan ditangkap, dihalau persis haiwan diheret dari kandang.

Senja yang malang itu datang juga. Tempat dia bekerja berlaku konflik. Senja itu tergambar di mata bolanya. Dua kumpulan pekerja kongsi majikannya bertelagah. Satu kumpulan pekerja dari Malaysia dan satu lagi kumpulan pekerja dari Vietnam yang sama-sama datang ke Jerman untuk mengadu nasib, mengharapkan hari-hari esok yang lebih ceria dan cerah.

“Kamu sekelian tipu kami!” Kata Si Gemuk, majikan kongsi dari Vietnam.

“Kamu sekelian merancang menggelapkan duit kami!!!” Bentak Si Gemuk dengan nada bengis.

Kawan Lee Leong, Tan Tong, warganegara Malaysia, tidak dapat berkata-kata. Lee Leong tidak percaya Tan Tong telah menggelap duit pihak kongsi dari Vietnam itu.

“Apa keputusan kamu?”
“saya mahu kamu berunding dengan saya. Pulangkan duit untung, kalau tidak, jangan harap keluar selangkahpun dari restoran ini.” Bentak Si Gemuk dari Vietnam itu.

Hendak sahaja Si Gemuk itu menelan Tan Tong dan isterinya yang duduk terpaku di tepi sudut restoran. Isteri Tan Tong ialah seorang Permastautin Tetap Jerman kelihatan ketakutan melihat peristiwa tersebut. Lee Leong turut panik. Dia berada di rantau orang. Bergaduh membawa padah dan kecelakaan kepada kedua-dua belah pihak kelak.

Keadaan bertambah gawat dengan kemunculan seorang kawan Lee Leong, Mak Seng. Mereka bertiga meninggalkan Malaysia untuk merantau ke negeri Jerman untuk mencipta hari depan yang lebih gemilang.

“Mereka kata kita tipu.” Jawab Lee Leong.

Sekonyong-konyong muncul di ambang pintu restoran, enam lelaki perantau dari negeri Vietnam. Mungkin kawan Si Gemuk itu, teka Lee Leong.

Suasana bertambah tegang. Si Gemuk bertambah bersemangat dan kekuatannya. Enam orang itu akan meleburkan Lee Leong dengan kawan-kawannya dari Malaysia.

“Kali ini akan saya hapuskan kamu. Kami tahu, kamu pakat songlap hasil jualan restoran. Kalau tidak, bagaimana setiap hari hasil jualan sedikit sahaja, padahal setiap hari jualan restoran memuaskan.” Bentak Si Gemuk rakan kongsi, Tan Tong dari Vietnam itu yang telah juga mendapat Permastautin Tetap Jerman.

Semua yang ada kebimbangan. Tiba-tiba Mak Seng muncul semula dengan parang panjang di tangannya yang secara senyap diambil dari dapur restoran.

“Kamu sekelian dengar sini!!! Jika kamu sentuh Lee Leong dan kawan-kawannya dari Malaysia, parang ini akan menikam dada kamu. Faham bangsat !” Jerit Mak Seng.

Perantau-perantau dari Vietnam itu tersentak dengan jeritan itu. Mereka terpaku. Mereka telah dapat mengesan bahaya akan menimpa. Mereka mengundurkan diri. Kawan-kawan mereka juga turut pergi.

Selepas peristiwa itu, Lee Leong meninggalkan negeri Jerman merantau ke London. Mungkin London menjadi harapannya. Enam bulan di Jerman, pahit manis dirasainya. Sudah Lee Leong rasa padah setiap akhir bulan tidak menerima gaji seperti mana yang dijanjikan.

Kini Lee Leong berada di Lapangan Terbang Heathrow. Dia tersenyum apabila seorang penumpang terjatuh di hadapannya kira-kira tiga meter daripadanya. Mungkin kesuntukan masa membuat penumpang itu berlari-lari untuk menuju ke pintu kapal terbang, lalu tersungkur. Lee Leong sudah dua jam awal tiba. Dia tahu penerbangan akan berlepas hanya 12 tengah hari. Jam 10 pagi lagi dia sudah berada di Lapangan Terbang Heathrow . Dia tidak pernah menjejakkan kaki di lapangan terbang tertsebut. Masa tiba di London dahulu, meninggalkan negeri Jerman, terus menuju ke Paris dan dari Negeri Perancis itu menaiki ‘hovercraft’ ke London tidak melalui Lapangan Terbang Heathrow. Dia bimbang. Dia cuba datang awal. Dia wajib siasat dan mengetahui setiap prosedur yang perlu dilalui untuk ke pintu kapal terbang. Kini dia hendak balik ke Malaysia, Lapangan Terbang Heathrow terpaksa ditempohi. Dua jam lebih awal menunggu, tidak dianggap seperti menyeksakan jika dibandingkan lima tahun setengah menjadi perantau di merata-rata tempat di London. Dia sentiasa diburu kebimbangan.

Lee Leong membiarkan masalahnya melayang pergi. Kini dia memikirkan tujuannya ke Eropah ialah untuk mencari nafkah halal. Untuk mendapat pendapatan lebih bagi membina satu dunia yang baru. Dunia untuk diri dan keluarganya. Penderitaan selama lima tahun setengah di London sudah berakhir. Kini dia bersiap sedia untuk pulang ke tanah air. Dunia yang dimimpikan selalu, kini telah tercapai. Membina penghidupan baru. Semua ini tercapai di atas bantuan seorang kawan yang dikenali di Jerman dahulu. Kawan itu mempunyai saudaranya di London. Di rumah saudara kawanya itu, dia tinggal selama dua minggu di London sebelum dia ditawarkan bekerja. Bekerja sebagai tukang masak. Kebanyakan masanya dia berada di dapur atau berada di bilik kecilnya yang disediakan oleh pihak majikan. Hati kecilnya sentiasa dibuai dengan kebimbangan ditangkap. Dia sudah nekad, kalau dia ditangkap terus balik ke tanah air. Dia bernasib baik,dapat bertahan selama lima tahun setengah di London. Majikannya seorang Vietnam, Permastautin Tetap British. Sudah menjadi kebiasaan orang Vietanam atau orang Hong Kong mengusahakan restoran di London atau di merata tempat di United Kingdom. Dia lebih suka bekerja di luar dari Kotaraya London. Kerjanya bermula dari pukul 3 petang dan berakhir pada 10.30 malam. Pada hari Isnin, Lee Leong akan dapat cuti rehat. Dia akan ke China Town London. Di kawasan Soho dia membeli belah, makan-makan, berhibur atau pergi ke Oxford Street membuat ‘window shopping’. Selama lima tahun setengah, saban minggu, Soho menjadi tempat kunjungannya. Pondok pagoda di China Town itu menjadi tempat kesukaannya untuk duduk-duduk. Memandang suasasa sekelilingnya. Nasibnya bertuah, lima tahun setengah di London tidak pernah dia ditahan oleh pihak polis atau pihak Immigresen British. Mungkin dia tidak suka merayau sangat. Dia hanya berkubang di kawasan London sahaja. Walaupun dia bekerja di sebuah pekan yang agak jauh dari London.

Papan jadual ketibaan dan berlepas berputar ligat mengembalikan ingatan Lee Leong seketika. Dia kini berada di Lapangan Terbang Heathrow bukan di Soho lagi. Empat puluh minit lagi, kapal terbang MAS akan berlepas ke Malaysia. Darah gemuruhnya bertambah kencang. Apa akan jadi kepadanya kelak apabila berhadapan dengan pegawai Immigresen London? Perasaan kebimbangan yang tidak dapat dikawal. Apa akan jadi kepadanya ? Ditahan, dilokap atau sebagainya. Perasaan ini menyeksa memuncak dalam diri Lee Leong. Segala permandangan indah yang berada di lapangan terbang itu tidak membawa erti kepadanya. Jahanam saya kali ini, bentak fikirannya. Dahulu, saya boleh lepas sebab saya memasuki secara sah dan terus menghilang. Keadaan kini berlainan sekali. Bila-bila masa sahaja, dia akan ditahan dan dipenjarakan. Tidak seorang yang boleh memahami perasaan kebimbangan pada masa itu. Bara kebimbangan sentiasa memuncak, saat demi saat sekarang. Perutnya rasa mengulas hendak ke tandas. Perasaaan takut berbuai citarasa tersebut. Pemandangan sekeliling seperti mengejek-ejek dirinya. Dahulu terlepas bukan bererti kali ini, engkau akan selamat. Apa salah saya ? Saya hanya mencari sesuap nasi dan setengok air. Keringat mengalir baru upah dibayar. Ini tanah air orang lain. Engkau tidak berhak di sini. Merampas hak orang bekerja? Saya dilamar untuk bekerja. Betulkah ? Awak cari pasal. Mereka memerlukan tenaga saya. Mereka memeras tenaga tubuh saya, baru saya dibayar. Salahkah saya membuat demikian? Dia menyapu keningnya. Dengan tidak sengaja, dia terasa keras tapak tangan. Cuba engkau tengok, berapa keras tapak tangan saya? Ya. Saya berasa bangga dapat rezeki halal bukan dengan menggunakan tipu muslihat. Itupun salahkah ?


Kebimbangan tetap ada. Lebih memuncak kini. Masa berlaku mendekati diri ke jurang maut. Laluan maut itu harus ditempohnya seketika lagi. Tiga puluh minit lagi. Kini masa terakhir dia terpaksa ‘check-in’. Gadis di kaunter pemeriksaan tiket begitu mesra untuk menolong. Dia tidak membawa banyak barangan. Dia sedar membawa banyak barangan akan menyusahkan dirinya. Laluan ke kaunter Immigresen sudah tiba. Ruang maut menjelma di hadapan. Ini yang ditakuti kerana laluan itu, terpaksa dilalui untuk balik ke tanah air tercinta.

Di hadapan Lee Leong, dua pegawai immigresen tercegat. Seorang lelaki dan seorang wanita. Wajah mereka tanpa senyum. Lee Leong menyerahkan paspotnya kepada pegawai lelaki itu. Beliau membelek-belek pasport dan membuka lembar demi lembar daun pasport berkenaan. Kemudian pegawai itu bersuara:

“Follow me” Perintah pegawai itu.

Lee Leong dapat kesan ada sesuatu yang tidak kena pada pasportnya. Dia masih membatu di tempatnya berdiri, tanpa menghiraukan arahan pegawai berkenaan. Dia buat-buat tidak memahami arahan daripada pegawai berkenaan. Itu helahnya.

“ What ! What! What !” menjawab Lee Leong seolah-olah tidak mengerti arahan yang disuruh oleh pegawai itu.

Pegawai itu melambaikan tangannya bagi menyuruh Lee Leong mengikutinya. Kali ini dia terpaksa. Dia diperintah memasuki sebuah bilik tidak jauh dari tempat itu. Dia dipersilakan duduk.

Apabila Lee Leong telah duduk, pegawaipun berkata,

“You have been in London more then five years. Tell me now where have you been? ” Desak pegawai itu.

Lee Leong masih membatu dan hanya menyuara.

“What? What? What?” Lee Leong cuba mencari helah untuk melepaskan diri.

“I guess you have working in London for the past five years. Don’t tell me you don’t know. Don’t pretend!”Bentak pegawai itu dengan suara yang meninggi.

“I know you understand English. So please tell me now, where have you been?” Perintah pegawai itu lagi.

“I can detain you, you know that. If you reluctantly to tell me the truth!” Pegawai itu naik berang kerana Lee Leong masih membatu dan masih enggan memberitahu dan tanpa memperdulikan soalan-soalan yang dikemukakan.

Jam tangan pegawai berkenaan menunjukkan 20 minit lagi kapal terbang akan berlepas.

“Fill in this form !” Pegawai itu menyerahkan sekeping borang kepada Lee Leong apabila dilihat Lee Leong enggan memberi kerjasama.

Lee Leong seolah-olah mengikut perintah pegawai itu. Dia sudah bosan dan juga didesak oleh kesuntukan masa. Dia fikir pancingannya telah mengena. Dia sudah nekad, apa akan terjadi. Biarlah. Selama enam tahun inipun dia menderita. Biarlah tindakan diambil. Borang itu memintanya mengisi butiran peribadi. Dengan secara kilat diisi borang berkenaan dan diserahkan semula borang itu kepada pegawai berkenaan. Secara kilat juga pegawai itu mencop pasportnya dan kembali kepadanya.

“You can go now. Please remember, my people and the Malaysian Immigration Officers will be waiting for you at the KLIA.” Ujar pegawai itu.

Lee Leong tidak mengambil indah percakapan pegawai itu. Dia mengambil pasportnya dengan segera. Dia berlari macam kilat menuju ke pintu masuk kapal terbang. Pramugari telah menunggu di tangga, keratan tiket diambil dan mempersilakannya duduk. Dia meletakkan beg bimbitnya di atas dek di atas tempat duduk, lalu duduk. Empat belas jam lagi dia akan menghadapi dugaan. Sepanjangan penerbangan, dia tidur untuk menghilangkan kebimbangan bakal dihadapi. Bila dia sedar, kapal terbang telah berada di kawasan Langkawi. Kira-kira 45 minit lagi dia akan tiba di KLIA.

Sebentar lagi, Lee Leong akan kembali ke tanah air semula, selepas meninggalkannya selama 6 tahun. Sudah tentu banyak pembangunan telah berlaku di Malaysia. Dia membaca berita pembangunan Malaysia melalui surat khabar keluaran Hong Kong, China. Dia selalu membelinya di China Town, London. Kapal terbang menghampiri Nilai. Kebimbangannya memuncak semula: dia akan ditangkap. Mereka akan menahannya. Dia akan disoalsiasat. Pernah dia mendengar dari orang-orang Malaysia yang datang ke London, perantau yang meninggalkan Malaysia terlalu lama dan bekerja di tempat orang dan bila balik ke Malaysia, mereka akan ditahan dan disoalsiasat dan pasportnya akan dirampas. Dia tidak khuatir kalau pasportnya sahaja yang dirampas tetapi bukan dia ditahan. Dia juga sedar nasib puluhan ribu rakyat Malaysia di luar negera mencari nafkah dan tinggal di negera orang secara tidak sah seperti dirinya. Lee Leong yakin penuh watan tercintanya tidak akan menahannya. Itu hanya cerita yang diada-adakan. Dia tidak percaya langsung cerita mereka itu. Dia tidak melakukan sebarang perkara jenayah, mengapa pula dia harus ditahan?

Tepat 7 pagi, MH001 tiba di KLIA. Pengumuman ketibaan kapal terbang dilakukan oleh Kapten. Berat bagi Lee Leong untuk turun dari perut kapal terbang. Dia seolah-olah tidak mahu turun. Kuasa tarikan penumpang yang berpusu-pusu hendak keluar menggerakkan Lee Leong dari tempat duduk.Dia lalu mengambil beg bimbit dan menuruti penumpang-penumpang lain turun dari kapal terbang.

Dia nekad apa akan terjadi, biarlah masa yang akan menentukan. Salah apa saya perlu ditangkap. Saya bukan penjenayah perlu ditahan. Dia sedia menerima apa akibatnya. Bas sedia menunggu mereka. Mereka dibawa ke pintu masuk ke kaunter pemeriksaan Immigresen. Seorang demi seorang penumpang beratur untuk melalui kaunter pemeriksaan pihak Immigresen. Langkah Lee Leong begitu berat untuk dihayun ke hadapan tetapi terpaksa dia langkahi setapak demi setapak, akhirnya sampai gilirannya berhadapan dengan kaunter pemeriksaan Immigresen. Jantung Lee Leong berdenyut pantas semasa dia menyerahkan pasportnya kepada pegawai Immigresen yang kelihatan senyum. Pegawai itu membelek-belek pasportnya dan membuka lebar demi lebar. Kemudian didapati pegawai itu mencop pasportnya. Lee Leong memerhati ke sekeliling, tidak ada pegawai Immigresen British menunggunya. Tidak ada orang asing menunggu ketibaannya.

Kedengaran suara, “Selamat Balik ke Malaysia” ucapan daripada ibu bapa dan saudara maranya yang sedang menunggu di pintu keluar KLIA. Cahaya sinaran pagi begitu cerah dan ceria. Kepulangan anak watan yang ingin membaiki dirinya untuk masa muka yang mendatang diterima oleh sang suria dengan suluhan cahaya yang terang menderang. Dia kini bebas menghirup udara watan tercinta. Dia mempercepat langkah meninggalkan lapangan terbang dengan diiringi oleh saudara maranya. Jalan ke ibu kota Kuala Lumpur terbentang luas menunggunya.