MAJLIS PERKAHWINAN MILAH
Berita Milah Paman hendak melangsungkan perkahwinan sudah heboh di Pejabat Tan Leong. Pegawai dan kakitangan di pejabat sudah tahu bahawa Milah, pembantu peribadi pengarah Tan Leong akan berkahwin tidak lama lagi. Sebagai salah seorang pegawai yang bekerja di bawah pengarah berkenaan, Tan Leong sudah tentu dijemput. Memang Tan Leong terlalu mesra dengan Milah memadai Tan Leong hanya dijemput secara lisan sahaja. Setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan sibuk menguruskan kutipan wang untuk disampaikan kepada pihak Milah. Jawatankuasa Kelab sibuk menguruskan pembelian alat-alat kegunaan rumah atas wang sumbangan pegawai dan kakitangan dan akan disampaikan kepada pihak mempelai. Wang hadiah dikutip lebih awal daripada setiap pegawai dan kakitangan.
Pada hari perkahwinan Milah, Tan Leong menunggu kawan sepejabatnya di rumah. Kawan sepejabat telah berjanji untuk menjemput Tan Leong di rumah. Kawan sepejabat datang ke rumah Tan Leong dengan keluarganya. Selepas itu, merekapun menaiki kereta menuju ke Kampung Badai. Sepanjang perjalanan dari rumah Tan Leong ke Kampung Badai, sibuklah mereka membicarakan tentang peribadi Milah. Tan Leong terlalu kenal dengan Milah. Milah peramah dan terlalu baik hati. Tan Leong terpaksa berurusan dengannya boleh dikatakan setiap hari. Ada masanya surat Tan Leongpun Milah yang taip. Jika ada masa boss naik angin, Milah akan awal-awal memberitahu Tan Leong dan pegawai-pegawai lain bahawa keadaan boss mereka “mendung”. Tan Leong dan pegawai lain pun tidak akan berjumpa dengan boss Milah pada hari tersebut. Begitu sifat dan sikap Milah yang Tan Leong kenal. Sifat ingin menolong kepada orang lain sentiasa tertanam di dalam sanubari Milah. Tan Leong selalu berkata bertuahlah bakal suami Milah. Akan berpanjangan rumahtangan mereka. Ada-ada sahaja cerita lucu dan menggembirakan mengenai Milah yang Tan Leong bualkan. Isteri kawan sepejabat Tan Leong itu hanya mendengar sahaja. Hanya sekali sekala beliau masuk campur dengan mengemukakan soalan seolah-olah ingin tahu. Kedua-dua anak lelaki mereka itu hanya bergurauan tanpa mereka memperdulikan perbualan orang tua mereka dengan Tan Leong. Selepas satu setengah jam berkereta, merekapun tiba di Kampung Badai.
Kereta kawan sepejabat itu membelok serta memasuki sebuah taman perumahan. Selepas taman perumahan itu, beliau membelok sekali ke kanan dan kiri pula lalu memasuki beberapa batang jalan yang kecil dan sempit. Selepas itu, apabila kereta tiba di sebuah selekoh mata Tan Leong tiba-tiba ternampak sebuah rumah papan sedang mengadakan majlis perkahwinan.
“Inilah rumah pengantin.” Jawab kawan sepejabat Tan Leong.
Tan Leong lihat banyak tetamu sedang menjamu selera. Muzik rancak berkumandang dengan kuat. Kawan sepejabat Tan itupun menghentikan keretanya kira-kira 20 meter selepas melewati rumah tersebut. Mereka turun dari kereta lalu menuju ke rumah tersebut.
Seorang tua yang mereka anggap ayah Milah selaku bapa mempelai datang mempelawa mereka ke satu bangsal di mana lauk pauk telah dihidang rapi di atas meja panjang, mereka lalu dipersila duduk dan makan. Disebabkan laparan, mereka makan dengan pelahapnya. Nasi dan lauk sentiasa ditambah. Tuan rumah melayan mereka dengan amat istimewa sekali. Mereka disuruh makan dengan sekenyang yang boleh. Mata Tan Leong sentiasa liar mencari di mana Milah berada. Mengapa Milah tidak menunjukkan mukanya? Mereka teringin pula mengucapkan tahniah kepada Milah kerana menjadi Raja Sehari.
Tan Leong memberanikan diri menanyakan hal tersebut kepada orang tua itu, jawabnya mempelai perempuan tidak ada di rumah, dia telah keluar. Dalam hati Tan Leong berasa berat, mengapa mempelai perempuan tidak ada di rumah? Apakan daya mempelai perempuan tidak ada. Kalau Milah ada, sudah tentu mereka terpaksa menjumpanya.
Selepas makan dengan kenyangnya, mereka meminta diri untuk pulang Mereka dibekalkan bunga telor seorang sebiji.
Mereka bertolak pulang. Di sebuah selekoh selepas melewati taman perumahan tersebut, mereka bersua dengan pengarah Milah. Beliau juga bertujuan berkunjung ke rumah Milah. Beliau menghentikan kereta lalu menanya khabar. Pengarah Milah memberitahu rumah Milah terletak di sebelah selatan taman perumahan berkenaan bukan di sebelah utara sepertimana yang Tan Leong dan kawan sepejabat kunjungi. Tan Leong memberitahu mereka telah pergi menghadiri majlis perkahwinan orang lain Mereka semua tergelak, “makan free mereka kali ini.” Kemudian kereta mereka beransur meninggalkan Kampung Badai dengan membawa seribu kesalan dan kenangan.
Khamis, 14 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan