PENEROKA
Air Sungai Gombak dan Sungai Kelang mengalir lesu. Keadaan sekitarnya sudah banyak berubah. Dahulu banyak rumah atap tersergam, kini semua tiada lagi. Bangunan mencakar langit bercambah. Dasar sungai semakin cetek, dan lebarnya juga semakin mengecil. Pembangunan telah menghakiskan semua. Sungai Gombak dan Sungai Kelang ini pernah menjadi tempat mandian peneroka dan rakan kongsinya. Di sini dan kawasan sebelahanya, lombang bijih diteroka. Semua ini sudah tidak ada lagi. Kawasan ini telah dipenuhi dengan hutan rimba bangunan tidak bernyawa tetapi canggih. Air sungai kini lebih kotor. Warnanya seperti air sawah padi. Peneroka melihat beberapa orang pekerja sedang melepaskan Ikan talapia, jelawat dan udang ke dalam kedua-dua sungai itu.
Air Sungai Gombak yang mengalir lesu, menarik perhatian Peneroka melihat lebih lama lagi. Seketika seekor ikan talapia mendongak dayunya mengherup udara dan menyelam semula seolah-olah kelemasan. Sudah kira-kira lebih satu abad Peneroka tidak melihat lebih dekat Sungai Gombak. Padahal masa dahlulu kawasan pahlawan ini dan sekitarnya, peneroka yang menerbang, membersih, dan membangunannya. Banyak tanah lombang telah diusahakan.
Sekonyong-konyong peperangan di Selangor yang banyak menjejaskan pembangunan kawasan pahlawan ini jelas terbayang di pandangannya. Peneroka, Raja Abdullah juga telah banyak berkorban dan menyumbang jasa di atas pembukaan kawasan pahlawan ini. Disebabkan bencana perang, kawasan pahlawan ini telah menjadi rentung. Atas usaha peneroka, kawasan pahlawan mula berkembang. Peneroka mula sedar kini bahawa dia telah terlalu tua. Giginya dahulu tersusun rapi, kini telah terus menghilang. Yang masih cemerlang ialah mata dan telinganya. Sejak tahun 1886, peneroka telah boleh dianggap telah bersara, tidak mungkin melakukan sebarang penerokaan tanah lagi. Biarlah wira dan wirawati yang lain menerajui kembali kecemerlangan dirinya. Biarlah dia berehat untuk selama-lamanya. Negara yang tercinta ini memerlukan tenaga yang lebih muda untuk berjasa dan berkorban untuk membangunkan. Itulah kehendak alam yang semula jadi, yang muda akan menjadi tua, dan yang tua akan pergi selama-lamanya sama ada peneroka suka atau tidak putaran alam itu tidak mengizinkan sesiapa yang boleh menghalang hakikat tersebut. Jasanya yang adapun mungkin telah dilupakan oleh orang. Geranasi muda mungkin banyak yang tidak mengenalinya. Biarlah, peristiwa berlalu, biarlah ia berlalu. Satu hari nanti, jasa dan budi baiknya tetap akan dikenang serta terpahat dalam catatan lembaran sejarah agong kelak.
Tiba-tiba lampu-lampu di Menara kawasan pahlawan menjadi gelap. Mengapa eletrik tiada, soal peneroka ? Mungkin penjaga Menara tidak membayar bil eletrik. Mungkin lampu eletrik telah dipotong oleh pihak TEN. Mungkin masalah teknikal. Dari jauh di sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari Menara kawasan pahlawan, peneroka mendengar bunyi orang berbual-bual.
“Bagaimana keadaan saham pagi ini ? Mana satu boleh dibeli? Bagaimana Saham Tongkat Ali ? Ada harapankah untuk naik ?”
“Mungkin ! Harapan itu ada.”
“Tolong belikan saya sepuluh lot. Bayaran ikut biasa.”
Peneroka mengeluh. Zamannya tidak ada penjualan saham. Kalau ada dia mungkin sudah kaya raya sekarang. Dia peneroka. Perintis dalam semua peerkara dan bidang. Tidak kecuali dalam bidang pembelian saham. Peneroka tidak berkata-kata.
Aduan talian telefon terputus diterima. Peneroka mengarah pembantu Menteri datang ke Menara Pahlawan. Pembantu Menteri memberi penjelasan.
“Ada juga talian telefon yang kami potong sebab salah guna. Mereka menggunakan nama penganganggur untuk mendaftar. Apabila wang pendaftaran dibayar maka talian dipasang dan panggilan jauh dibuat. Tetapi talian itu disewa kepada orang lain. Lepas itu mereka tidak bayar langsung. Pihak kami terpaksa bertindak, memotong talian bagi memastikan penipuan seperti ini tidak berulang.”
Peneroka tergelak. Perkara ini tidak pernah berlaku pada zamannya. Mungkin zamannya tidak banyak menggunakan telefon untuk digunakan. Tidak banyak bisnes yang dijalankan. Tidak banyak transeksi yang dibuat. Tidak ada pendatang tanpa izin berada di sana.Oleh sebab itu penggunaan telefon sudah tertentu terhad. Lagi pun, pada zaman peneroka, keperluan seperti itu kurang, kalau adapun, dia akan berjumpa terus klien berkenaan untuk melakukan perniagaan. Mereka mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Tidak perlu pun membuat SMS. Peeneroka mendapati orang sekarang seolah-olah sukar atau malas bercakap. Mungkin juga bercakap itu akan mencederakan orang lain. Menfitnah, kata orang. Percakapan mereka dikhaskan orang-orang tertentu. Tulisanpun harus pendek-pendek. Tulisan yang panjang-panjang bererti banyak masa yang dibazirkan. Zaman ini orang sudah tidak mempunyai masa untuk membaca bagi memahami sesuatu yang sukar difahami. Semua orang sibuk, atau buat-buat sibuk.
Pandangan peneroka berlari ke jalan raya. Terdapat pelbagai jenis kenderaan lalu lalang. Buatan dari pelbagai negara. Peneroka melihat perangai gelojok pemandu zaman sains dan teknologi ini, mereka mahu cekap. Seolah-olah mereka mempunyai terlalu banyak kerja untuk dilakukan. Mereka sentiaa berebut-rebut ke hadapan. Kalau mereka terkebelakang sedikit tidak boleh. Aneh, pandangan peneroka. Kata orang, “Kia su” yang bererti takut kalah. Mereka sentiasa mahu ke hadapan dalam semua bidang. Dalam pemanduan keretapun begitu. Mereka sudah tidak dapat mengikut peraturan, berebut-rebut ke hadapan. Walaupun di hadapan hanya ada ruang yang kecil, mereka tidak kisah, kalau mereka boleh menyelitkan kereta mereka. Mereka menyelitkan kenderaan mereka. Potong memotong, perkara biasa, tanpa menghiraukan keadaan orang lain. Mereka perlu berada di kotak hadapan. Ini yang terjadi di jalan raya sekarang. Peneroka mengeluh, zaman sudah banyak berubah. Memang orang kini sudah jarang ingin mahu mengikut peraturan. Mana pergi pegangan etika mereka semasa berada di jalan raya. Tidakkah guru pemandu mereka lupa mengajar mereka supaya mematuhi etika jalan raya yang sebenarnya. Mengapa, mereka sudah lupa, bila berada di dalam perut kereta? Perkataan cepat yang tergambar di benak mereka.
Peneroka mengalih matanya untuk memandang ke bahagian Utara dari Menara pahlawan. Di sana ada sebuah bukit tinggi. Banyak juga kereta bertali arus ke sana. Di atas bukit itu, ada beberapa bangunan indah. Apa yang dibuat orang-orang itu ke sana, tanya peneroka? Mungkin Bukit Pertaruhan, teka Peneroka. Peneroka masih ingat, pertaruhan seperti ini juga tidak asing buat zamannya. Mungkin caranya sahaja berbeza. Zamannya dipanggil Chee Fah. Pertaruhan Chee Fah ini aneh jika dipandang oleh orang zaman sekarang. Cara pertaruhan ialah nombor yang bakal dianggap nombor pemenang atau dibuka digantung di atas pokok dalam satu kotak. Apabila masa tiba, kotak itu akan dibuka, mereka yang meneka nombor yang tepat akan menang. Sebelumnya, pembayang(clue) akan disebarkan kepada orang ramai untuk meneka nombor yang bakal menang. Kalau dapat meneka dengan betul, jumlah pertaruhan mereka akan dibayar tiga kali ganda. Mungkin apa yang dilakukan itu sama dengan apa yang berlaku di Bukit Pertaruhan, fikir Peneroka. Peneroka meramalkan bahawa setiap zaman ada sahaja cara sahaja orang mencari hiburan dan menjadi kaya. Zaman sahaja yang berubah. Kaedah sahaja berubah. Pendekatan sahaja yang berlainan. Matlamatnya masih sama. Manusia sahaja yang berlainan.walaupun kini mereka lebih terpelajar, hiburan dan mencari kesenangan tetap ada pada setiap zaman. Masa sahaja yang berlalu, mungkin manusia tidak mahu kelangsungannya. Biarlah usia sahaja bertambah. Biar bentuk, fizikal, mental berubah.
Peneroka memaling pandang ke sekeliling Menara. Tiba-tiba pandangnya terpaku kepada sederet kedai sebarang jalan. Terdapat beberapa buah kedai pertaruhan yang bermacam jenis. Para pengunjung berpusu-pusu seolah-olah membeli tiket wayang. Kini mereka leka untuk mencari rezeki cepat kaya. Sifat kerajinan dan kesungguhan bekerja sudah dilupai oleh anak cucu bangsanya. Peneroka menggelengkan kepala.Tabiat hendak cepat kaya, tetap berada pada setiap zaman, walaupun zaman peneroka telah berlalu, tetapi bentuknya masih berterusan.
Jamnya menunjukkan 5.30 petang. Pandanga peneroka terhala ke sebuah lereng bukit di bahagian Timur Menara. Sebuah kondominium 12 tingkat secara kilat menyembah bumi. Trajedi. Peneroka menarik nafas panjang. Tidak percaya matanya memandang. Nafasnya bertambah sesak. Peneroka mendapati manusia kini berasa bertuah dapat tinggal di kediaman yang tinggi-tinggi, jauh dari bumi. Zamannya tidak berlaku. Manusia zaman peneroka tidak pandai, tidak boleh meneroka terlalu jauh, sama ada di darat, laut dan udara. Manusia zaman peneroka lebih berpegang kepada tradisi, biar mati anak, jangan mati adat. Begitu kukuh pegangan orang dahulu, mereka memberi tumpuan perkara-perkara yang mengikut pandangan ramai. Biarlah semua mengikut peraturan dan berdisiplin. Semua kerja akan menjadi teratur, jika manusia boleh mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Dari jauh, peneroka mendengar ada suara menyatakan bahawa jambatan retak. “apa sudah jadi.” Kata peneroka. Pada zaman ini pun sudah berlalu banyak kerosakan dan kelemahan. Kini jambatan pula rosak. Apakah akan jadi pada kenderaan yang melalui di atas sudah tentu akan membawa banyak bahaya.” Kita perlu sekat. Kita perlu siasat semua ini,” desak sebilangan yang ada. Wang yang banyak telah dikeluarkan. Kita perlu menjaga kualiti. Kini kualiti dipertikai, mesti ada satu siasatan yang sewajarnya dijalankan. Kepala peneroka pening betul untuk memikirkannya. Sukar mentadbir negara zaman ini, terlalu banyak masalah. Tidak seperti zaman peneroka. Semua perkara berjalan begitu perlahan. Tidak banyak cabaran dan getiran. Semua berjalan mengikut landasan dan peraturan. Mengapa kini semua tidak kena. Apakah cara yang sewajarnya perlu dibuat untuk memastikan semua tidak terjadi.Otak peneroka tidak dapat menjangkau begitu jauh untuk difikirkan. Biarlah orang lain yang lebih bijak pandai memikirkan perkara-perkara itu.
Peneroka merasa badannya semakin ringan dan lemah, matanya bertambah kuyu dan kabur secara tiba-tiba badannya terpelanting jatuh ke bumi dari Menara pahlawan.
Khamis, 14 Jun 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan